YAAKUB KHAN RASMI MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO SEPANGGAR

Yaakub (duduk, tengah), Jainab (duduk, kiri) dan Juriah bergambar bersama jawatankuasa Wanita UMNO bahagian Sepanggar.


KOTA KINABALU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Haji Yaakub Khan yang Timbalan Ketua  UMNO Sabah telah merasmikan  Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Sepanggar di Dewan Serbaguna USIA, 1 Borneo,  Kota Kinabalu,  hari ini (6 Julai 2019).
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Dr. Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Puan Juriah Palasin, Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang, Puan Noraini Idris dan pemimpin bahagian itu.

Jainab yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar dalam ucapannya mengingatkan ahli-ahli parti agar fokus kepada agenda parti, perpaduan ummah dan strategi untuk menang dalam Pilihan Raya  Umum (PRU) ke 15.

"Jangan kita terpengaruh dengan kata-kata adu domba segelintir ahli kerana ia akan merugikan kita.

"Ahli-ahli UMNO wajar mengambil iktibar daripada kekalahan pada PRU yang lepas. Kita berpecah angkara fitnah yang disebarkan oleh Pakatan Harapan", katanya.

Menurutnya, sekarang adalah masa untuk ahli-ahli UMNO bekerja dan terus mendekati akar umbi agar parti itu terus bangkit kuat.

Jainab turut mengajak anggota wanita UMNO agar istiqamah dan menjadikan persidangan perwakilan sebagai ruang untuk memperbetulkan kelemahan diri, merencanakan semula agenda dan gerak kerja parti demi masa depan agama, bangsa dan negara.-PR

Jainab menyampaikan cenderamata kepada
Yaakub di majlis itu.

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming