MINAT SOLEKAN JANA PENDAPATAN
- Get link
- Other Apps
Mizma bergambar kenangan peserta yang menang Best Dress Glam Raya 2019. |
LAHAD DATU: Kebelakangan ini kita lihat ramai yang menceburkan diri dalam dunia solekan atau lebih sinonim dipanggil Make-up Artist (MUA) bagi merebut peluang menjana pendapatan yang lumayan. Dikatakan permintaan yang tinggi daripada orang ramai juga menjadi pendorong utama kepada pertambahan lebih ramai MUA yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Kalau dilihat dalam laman sosial seperti facebook, Instagram dan Youtube, banyak yang menampilkan diri dengan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam dunia solekan yang mengikut citarasa masa kini dan ia menjadi ikutan orang ramai untuk nampak cantik dan lawa.
Jangan terkejut kerana MUA juga ramai dari kalangan lelaki, mereka juga berlumba-lumba mencungkil bakat dengan wanita untuk menjadi mak andam moden ini, dan permintaan juga agak tinggi bagi MUA lelaki. Berpandukan kemahiran dalam dunia solekan dan pengalaman mereka, ada MUA yang menghasilkan produk kecantikan sendiri atau barang-barang solekan kepada orang ramai.
Sementara itu, Pengerusi Rakan Kembara Malaysia negeri Sabah, Mizma Appehdullah berkata bakat dan minat yang ditonjolkan dalam dunia solekan sebenarnya dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan.
Katanya golongan belia merupakan aset tetap kepada sesebuah negara. Ia berperanan dalam semua sektor khususnya bagi menjana kemajuan negara.
Oleh yang demikian, kesinambungan ekonomi dan belia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang.
Jelasnya perniagaan sememangnya teras bagi bidang keusahawanan, namun tidak semestinya setiap orang yang berniaga memenuhi kriteria sebagai usahawan.
“Masyarakat secara umumnya, sudah terbiasa dengan istilah ahli perniagaan yang sering disamakan dengan usahawan. Namun, hakikatnya tidak semua yang berniaga itu layak digelar usahawan dalam konteks sebenar.
“Seorang usahawan bukan sahaja menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Sebaliknya, usahawan sebenar mempunyai visi dan misi untuk mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Menurut Mizma sasaran utama usahawan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, sebenarnya ingin memastikan penawaran produk atau perkhidmatan itu dapat dimanfaatkan masyarakat.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Jamuan Glam Hari Raya 2019 di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu semalam. Majlis tersebut merupakan anjuran Gabungan MUA, MakeUp Lover, Fotografer dan usahawan-usahawan Lahad Datu.
Acara kemuncak Best Dress Glam Raya, anugerah King/Queen of The Nigh tdan cabutan tikert bertuah.
Hasil penjualan tiket Jamuan Glam Raya sebahagian daripada penjualan dijadikan sebagai sumbangan amal oleh Group MUA Lahad Datu. Group MUA Lahad Datu telah menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Sinar Pelangi Lahad yang diwakili oleh Mizma Appehdullah merupakan penaung rumah tersebut.-PR
- Get link
- Other Apps
Comments
Post a Comment