ALBONA GAMBAR JOHAN GIMPUHUT MGM PESTA MAGAHAU ZON PITAS 2019
Cik Albona Gambar (tengah) - Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau Zon Pitas 2019, bersama Cik Genevie Chiew (kiri) dan Cik Noratika Manalis (Kanan). |
PITAS : Cik Albona Gambar muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Pitas 2019 yang diadakan di Dewan Komuniti Mabahan Kg Bongkol Pitas , semalam.
Cik Genevie Chiew dan Cik Noratika Manalis masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga. Mereka masing-masing akan mewakili Pitas bagi Johan, Banggi bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Kanibongan ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.
Cik Cerry Ezia Julain pula dinobatkan sebagai Miss Popular bagi Zon Pitas selepas mendapat undian terbanyak.
Sementara Cik Anny Junai pula dipilih sebagai "model of the year" bagi kawasan Zon Pitas.
Mohammad Mohamarin memukul gong sebagai symbolik
merasmikan Pesta Magahau Zon Pitas 2019.
|
Bagi pertandingan Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Cik Ezra Sopedy. Manakala Cik Revelin Masaban dan Encik Raymon Rajak masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Mereka masing-masing akan mewakili Pitas, Banggi dan Kanibongan ke Pertandingan Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.
Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Encik Mohammad Bin Mohamarin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi telah merasmikan majlis itu.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Encik Jose Modsinupu, Presiden Pisaan,Pitas En Richad Mazagi, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) N.3 Pitas, Encik Madusi Mangabun, CDO N.1 Banggi, Encik Martin Mokujim dan Pengerusi MGM Induk Pesta Magahau 2019 , Puan Ruhini Andong.
Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).
Selain Zon Pitas , terdapat 3 zon lagi yang akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zon-zon tersebut ialah Zon Kudat (20 Julai 2019), Zon Beluran ( 27 julai 2019) dan Zon Kota Marudu (28 Julai 2019).-PR
Comments
Post a Comment