Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Sherone Fung (kiri) dan Vinny Alvionitta Sasising-
Duta Pelancongan Matunggong.
KUDAT: Sherone Fung - Johan Mitarab Gimpuhut  Magahau ( MGM)  Pesta Magahau2016 dan Vinny Alvionitta Sasising Unduk Ngadau Kaamatan Matunggong 2016 telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Matunggong oleh Pejabat Daerah Kecil Matunggong & Sabah Tourism Board.

Kedua-dua ikon tersebut menerima surat perlantikan dan selendang mereka daripada  Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong,  Bianus Kontong sempena Festival Gong Matunggong 2016 yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Matunggong, kelmarin.

Perlantikan dua ikon Rungus dalam bidang fesyen dan pelancongan itu merupakan antara acara menarik dalam Festival Gong Matunggong 2016.

Tugasan pertama Sherone yang juga Duta Persatuan Momogun Rungus Sabah (SABAH MOMOGUN RUNGUS ASSOCIATION) (SAMORA) / Pesta Magahau 2016 ialah penampilan khas di Program World Travel Market (WTM) London 2016.

Beliau akan menampilkan kepakaran beliau dalam bidang pembikinan Rinago Rungus. Sherone dijangka akan berlepas ke London pada 6 November 2016 ini.

Selain Sherone,  Prisca Junai, pemenang Naib Johan Mitarab Gimpuhut Magahau  dan Lusilah Retni, Ratu Fesyen Kumanis 2015 yang juga dikalangan “TOP 7” MGM 2016 juga akan turut ke London bersama Sherone.

Festival Gong Matunggong 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan.

Jelani dalam ucapannya di majlis itu meminta Kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan balai bomba di Matunggong memandangkan ia merupakan satu keperluan yang mendesak.

Beliau juga meminta pihak berwajib membina kedai baru Pekan Matunggong selain pembaikan prasarana Tamu Pekan Lama Matunggong yang amat memerlukan tindakan segera Kerajaan.

Sementara itu, Hajiji bersetuju mempertimbangkan cadangan Jelani untuk penambahan kedai dan juga balai bomba untuk kawasan Matunggong.-AG

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Kinabalu Pines, fantastic views in comfort