Posts

Showing posts from November, 2016

Gambar sekitar persidangan DUN Sabah

Image
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kanan) bersama tiga orang Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua dari kanan), Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kiri) dan Datuk Raymond Tan (kiri). TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tengah) bersama Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Yakub Khan (dua dari kanan)  antara yang menghadiri sesi pembentangan Bajet 2017 oleh Ketua Menteri pada Persidangan DUN Sabah, BINCANG…Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membincangkan sesuatu. Dari kiri Encik Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Charles O Pang (Karamunting), Datuk Mohd.Yusof Apdal (Lahad Datu) dan Datuk James Ratib (Sugut)  pada persidangan DUN Sabah.  AHLI-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Menteri Kewangan selepas pembentangan Bajet 2017 di Persidangan DUN Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haj

Yahya terima kunjungan hormat pengerusi dan Coo Co-opbank

Image
Yahya (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Yusra semasa kunjungan itu. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad (Co-Opbank Persatuan), Datuk Haji Yusra Sabar (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasinya (COO), Mohd.Dzarfan Khalid (kiri) di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri, Umar Sarim Haji Saidin (kanan). Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah diberi taklimat mengenai Co-opbank Persatuan yang diiktiraf sebagai Bank Koperasi (Co-opbank) oleh pihak kerajaan pada 15 September 2014. Co-opbank Persatuan kini mempunyai lebih 70,000 anggota individu dan 496 anggota koperasi serta telah beroperasi di seluruh negara termasuk di Kota Kinabalu yang mulai beroperasi pada 23 September 2016. Menurut Yusra, pembukaan Co-opbank Persat

Yamani rasmi kejohanan golf Pemuda UMNO

Image
Hafez (kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah motorsikal Demak kepada Awang Asli sambil diperhatikan oleh Pg Indra Pg.Tinggal (dua dari kiri) dan Razak Wali (empat dari kiri). KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Haji Yamani Hafez Musa (dua dari kiri) telah merasmikan Kejohanan Golf Pemuda UMNO Sabah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket di Kinabalu Golf  Club (KGC) Kota Kinabalu, semalam. Menurut Hafez, kejohanan selama tiga hari itu bermula 11-13 November 2016 disertai oleh kira-kira 300 peserta terdiri daripada anggota Pemuda UMNO, jemputan khas dan juga ahli-ahli KGC. Katanya, ini merupakan kali pertama Pemuda UMNO Sabah menganjurkan kejohanan golf kerana selama ini hanya menganjurkan pertandingan sukan seperti bolasepak, sepak takraw, futsal dan lain-lain. “Sebenarnya ramai golongan muda bermain golf sama untuk rekreasi, kerja dan lain, justeru penganjurkan kejohanan ini dapat melibatkan golongan muda termasuk ahli-a

Gambar sekita konvension 2016

Image
PERDANA Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak (duduk, tengah) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (duduk, dua dari kiri), Tan Sri Bernard Dompok (duduk, kiri) dan Datuk Seri Panglima Madius Tangan (duduk, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO. DATUK Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak (duduk, tengah) bergambar bersama pemimpin Pergerakan Wanita UPKO dan Pergerakan Wanita UMNO di majlis itu. DATUK Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak (dua dari kanan) bersama dengan Ahli Majlis Tertinggi UPKO, Encik Limus Jury yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu sambil diperhatikan oleh Naib Presiden UPKO, Datuk Dr. Ewon Ebin (kanan) dan Senator Datuk Dr.Lucas Umbul (tengah) setibanya di majlis itu. ANTARA pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang hadir

Yahya bersama rakyat

Image
Yahya menyampaikan sumbangan kepada Surau Al Jannah Kampung Kasuapan, Pulau Gaya.   KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah me Yahya yang rasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya di sini. Program itu dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Putatan. juga Ketua UMNO Bahagian Putatan turut menyerahkan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah berupa wang tunai dan bahan makanan kepada asnaf yang layak. Yahya dalam ucapannya mengingatkan rakyat di Pulau Gaya agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis parti pembangkang, sebaliknya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas juga mahu rakyat terus bersatu padu demi keharmonian dan kesejahteraan. Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Dato’ Ruji Ubi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Setiausaha UMNO Bah

Wakil SAMORA mengangkat nama Rungus diperingkat antarabangsa

Image
SEJARAH…Wakil-wakil Persatuan Momogun Rungus sabah ( SAMORA ) yang menyertai program World Travel Market (WTM) London 2016 bukan sahaja berjaya menjalankan misi memperkenalkan budaya negeri Sabah & negara di mata dunia, malah dalam masa yang sama mengangkat nama Rungus di peringkat antarabangsa. Mereka bukan sahaja secara langsung memperkenalkan produk-produk kraftangan Rungus tetapi juga pakaian-pakaian tradisi Rungus iaitu pakaian utama Rungus (wanita & lelaki) dan terbaru pakaian kedua Rungus iaitu “Sukolob”. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong yang juga Presiden SAMORA berkata, mereka sesengguhnya telah mencipta sejarah kerana menjadi pasukan pertama Rungus yang menjejakkan kaki di London dengan berpakaian lengkap tradisi Rungus. “Tahniah sekali kepada team SAMORA yang diketuai oleh Sherone Fung - Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR), Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahu 2016. Turut serta ialah Cik Prisca Junai - Naib Johan GMR, Cik Lusilah Retni - Top 7

Produk Rungus mendapat sambutan diLondon

Image
Masidi (empat dari kiri) dan deligasi pelancongan Sabah bergambar bersama wakil SAMORA di WTM London 2016 LONDON: Produk kraftangan Rungus yang turut dipamerkan di Pavilion Malaysia di World Travel Market (WTM) London 2016 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pengunjung dari seluruh dunia yang menghadiri WTM London begitu tertarik dengan keunikan kraftangan Rungus terutama Rinago,manik-manik, gong dan lain-lain yang dibawa khas dari Kudat, Sabah. Tahun ini, Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) yang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan sekali lagi diberi penghargaan oleh Kerajaan untuk bersama-sama menyertai delegasi Malaysia ke WTM London 2016 dengan mengetengahkan produk kraftangan etnik Rungus, Kudat. WTM London 2016  merupakan pameran pelancongan kedua terbesar dunia (second bigger travel fair in the world) selepas ITB Berlin dengan disertai oleh hampir kesemua negara di dunia yang mempromosikan pelancongan negara mas

Yahya tinjau latih amal ex-tsunami

Image
Yahya (tiga dari kiri) diberi penerangan tentang Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia. TINJAU LATIHAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas telah meninjau Latih Amal “Ex-Tsunami”-Putatan di Dewan Sri Putatan, hari ini. Beliau diiringi oleh Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusof dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam latihan amal itu. Latih amal sistem amaran awal Tsunami itu dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteologi Malaysia (Met Malaysia). Latihan amal ini diadakan bersempena dengan India Ocean Tsunami Wave Exercise 2016 yang dianjurkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di semua negara-negara di kawasan perairan Lautan Hindi. Yahya berkata, latih amal itu diadakan bagi menguji tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan tindak balas agensi terlibat dalam mengendalika

Kraftangan Rungus akan dipamerkan diLondon

Image
WAKIL NEGARA….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Dato’ Jelani Hamdan (empat dari kiri) yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) bersama Sherone Wong Wan Fung (tiga dari kiri), Prisca Junai (dua dari kiri), Lusilah Retni Lim (kiri), Nailiga Binti Parasin (dua dari kanan) dan Edwined Majius (kanan) menunjukkan isyarat bagus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas ke London bagi mewakili Malaysia ke World Travel Market (WTM) London 2016 yang akan diadakan di ExCel London Contemporary Events & Convention Centre pada 7 hingga 9 November 2016. Sherone merupakan Johan Gimpuhut Momogun Rungus dan juga Duta Pelancongan Matunggong selaku Ketua Rombongan. Prisca merupakan Naib Johan Gimpuhut Momogun Rungus, Lusilah (Mangan Ratu Pesta Gong 2015) manakala Nailiga merupakan pakar tenunan. Menurut Jelani, SAMORA telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bersama-sama menjayakan pameran sempena WTM London 2016.

Bina balai Bomba dan Penyelamat di Putatan-Yahya

Image
Yahya menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan makanan kepada mangsa kebakaran  Kampung Tebongon, Putatan sambil diperhatikan oleh Ag.Abd.Ghani (dua dari kanan) dan Juliah (empat dari kiri). PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mengulangi gesaan agar Balai Bomba dan Penyelamat segera dibina di daerah Putatan. Katanya, Putatan yang amat pesat membangun dengan jumlah penduduk kira-kira 100 ribu orang amat memerlukan sebuah balai bomba. Beliau berkata, seringkali apabila berlaku kebakaran rumah di kampung, pasukan bomba dari balai berdekatan seperti Penampang dan Sembulan tidak sempat menyelamatkan rumah yang hangus. “Justeru, kita mahu kementerian berkaitan di peringkat Kerajaan Pusat segera membina balai bomba dan penyelamat di Pekan Putatan”, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 3 keluarga di Kampung Tebongon yang tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran yang berlaku p

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Image
Sherone Fung (kiri) dan Vinny Alvionitta Sasising- Duta Pelancongan Matunggong. KUDAT: Sherone Fung - Johan Mitarab Gimpuhut  Magahau ( MGM)   Pesta Magahau2016 dan Vinny Alvionitta Sasising Unduk Ngadau Kaamatan Matunggong 2016 telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Matunggong oleh Pejabat Daerah Kecil Matunggong & Sabah Tourism Board. Kedua-dua ikon tersebut menerima surat perlantikan dan selendang mereka daripada  Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong,  Bianus Kontong sempena Festival Gong Matunggong 2016 yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Matunggong, kelmarin. Perlantikan dua ikon Rungus dalam bidang fesyen dan pelancongan itu merupakan antara acara menarik dalam Festival Gong Matunggong 2016. Tugasan pertama Sherone yang juga Duta Persatuan Momogun Rungus Sabah (SABAH MOMOGUN RUNGUS ASSOCIATION) (SAMORA) / Pesta Magahau 2016 ialah penampilan khas di Program World Travel Market (WTM) London 2016. Beliau akan menampilkan kepakaran beliau dalam bidang

100 sertai kursus pemantapan kepimpinan

Image
Yahya menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta,  Salmah Said di majlis itu. PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan penutupan Kursus Pemantapan Kepimpinan Dalam Konteks Pembangunan Masyarakat di Hotel Platinum. Kursus sehari itu yang disertai oleh 100 peserta terdiri daripada pemimpin akar umbi adalah anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.18 Petagas dan Yayasan Sabah. Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri dalam ucapannya mengingatkan pemimpin akar umbi khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamat Kampung (JKKK), Ketua Kampung, pemaju mukim, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) agar sentiasa mendampingi rakyat di kawasan masing-masing. “Pemimpin akar umbi yang dilantik oleh Kerajaan harus tahu masalah yang berlaku di kampung masing-masing dan berusaha menyelesaikannya dan bukan membiarkan sesuatu masalah itu bertambah serius dan besar. “Sebagai contoh, masalah sampah di k

15km-Magahauthon 2016-Eco Run disambut meriah

Image
Vincenbert Latius menerima hadiah daripada Jelani (tiga dari kiri) di majlis itu. MATUNGGUNG: Vincenbert Latius muncul sebagai johan kategori lelaki terbuka Larian 15km-Magahauthon 2016-Eco Run anjuran Persatuan Olahraga Matunggong (POM) dengan kerjasama Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) yang diadakan di sini, baru-baru ini. Naib johan dimenangi oleh pelari dari Kenya, John N Jihia. Tempat ketiga dimenangi oleh Ruston Masri. Kategori wanita terbuka dimenangi oleh Hyenie Roslin Danius. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Mailin Salungin Ripau dan Malissah Kusai Yusof Bin Tungkob muncul sebagai johan kategori lelaki veteran. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Guianus Salagan dan Sukoel Monginkap. Johan kategori pelajar lelaki dimenangi oleh Raphael Mark Marcus. Clariferon Janius dan Clariond Janius masing-masing memenangi naib johan dan tempat ketiga. Sementara bagi kategori wanita veteran pula johan disandang oleh  Kona

Ubah persepsi dan stigma Hospital Mesra-Bahrin

Image
   Mohd.Bahrin melepaskan peserta Mesra Charity Hunt di HMBP KOTA KINABALU: Masyarakat negeri ini perlu mengubah persepsi dan stigma bahawa  Hospital Mesra hanya untuk pesakit kurang siuman  dan sakit mental semata-mata, kata Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri,Mohd.Bahrin Abd.Karim. Katanya, secara umum masyarakat masih memandang negatif terhadap Hospital Mesra disebabkan kurangnya kunjungan mesra dan pendedahan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan. Menurutnya, persepsi negatif masyarakat terhadap Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) itu adalah tidak tepat kerana hospital ini turut memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja termasuk golongan kanak-kanak autism. “Mereka (pesakit) yang berkunjung ke HMBP bukan semuanya pesakit mental yang serius seperti yang digambarkan oleh masyarakat sebelum ini. “Hanya 20% pesakit sahaja yang terlibatkan dengan perkara-perkara yang agresif atau keganasan. Selebihnya merupakan masyarakat biasa yang memerlukan

Embrace changes in tourism and travel pattern

Image
Masidi (3rd left) beating the gong to launch the three-day travel fair whilst Winston (2nd left),looks on KOTA KINABALU: Sabah’s tourism players has been asked to embrace the use of technology to stay in the business as now the travel pattern has changed. Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun in making the call said nowadays most of the tourists book their own travel and accommodation via online services. “The bad news is that the tour agents are getting less commissions from the hotels and airlines. So they must re-evaluate their services and adapt to the changes,” he stressed.  “Therefore, we must change according to time as the travel pattern has shifted to the use of technology and no longer use the conventional way of making bookings through the tour agents” said Masidi during the launch of the three-day Sabah International Travel Fair 2016 at Oceanus Waterfront Mall. The change is inevitable because according to statist