Posts

Showing posts from June, 2019

PEMIMPIN BERSATU SABAH HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI BERSATU PERINGKAT NASIONAL

Image
Hajiji (empat dari kiri) bersama kepimpinan BERSATU Sabah bergambar kenang-kenangan di hadapan gerai Sabah di majlis itu. KOTA KINABALU: Lebih 70 orang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah telah menghadiri Majlis  Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri BERSATU Peringkat Nasional yang diadakan di Dewan Konvensyen MBI Desaku Kulim Hi-Tech Park, Kedah, semalam. Majlis itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Rombongan pemimpin BERSATU Sabah diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman. BERSATU Sabah turut berkesempatan mempamerkan gerai makanan dan kuih tradisi etnik suku kaum masyarakat Sabah di majlis itu. Lebih 20 ribu orang menghadiri majlis rumah terbuka itu.-PR

SABAH BERSATU LEADERS ATTEND THE BERSATU NATIONAL-LEVEL HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE

Image
Sabah BERSATU Chief, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, (third from left) wishes Selamat Hari Raya to Tun Dr Mahathir Mohamad when he visited the Sabah stall during the event. KOTA KINABALU: More than 70 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah leaders attended the BERSATU's National-level Hari Raya Aidilfitri event held at the Convention Hall of the Dewan Konvensyen MBI Desaku Kulim Hi-Tech Park in Kedah, last night. Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad who is also BERSATU Chairman, BERSATU President, Tan Sri Muhyiddin Yassin, and Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, were also present. The Sabah BERSATU leaders group was led by Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor who is also Sulaman State Assemblyman. Sabah BERSATU also put up a  stall offering traditional cuisine of the various ethnic communities in Sabah during the event. Over 20,000 people attended the open house event.-PR

RUMAH TERBUKA MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN : AZIZAH

Image
Azizah merakam kenangan bersama tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka di Kampung Likas. Kelihatan Penaung USIA negeri Sabah Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah (tiga dari kanan) turut hadir. KOTA KINABALU: Sudah menjadi amalan rakyat negara ini, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baharu Cina. Amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka. Semalam lebih kurang 600 orang hadir rumah terbuka Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun di Jalan Kurol Melangi, Kampung Likas. Menurutnya rumah terbuka dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan selain dapat untuk berkenal kenalan dengan lebih erat. “Sambutan Aidilfitri sewajarnya mampu  menjadi jambatan bagi  mengeratkan lagi hubungan siratulrahim serta peluang bermaaf-maafan yang menjadi teras kepa

BOLD STEPS NEEDED TO BETTER CONNECT WITH CHINA VIA BELT AND ROAD INITIATIVE

Image
Dr Rafiq Idris KOTA KINABALU: The Belt and Road Initiative (BRI) is a development initiative program adopted by the government of China involving infrastructure projects and investments over 50 countries in Asia, Europe, Africa, and the Americas. Belt refers to the land routes for rail and road transportation, called the Silk Road Economic Belt. Road refers to the sea routes or Maritime Silk Road. According to  Dr. Rafiq Idris  an Economist, Senior Lecturer, Financial Economics Program, in the Faculty of Business, Economics and Accountancy, at Universiti Malaysia Sabah (UMS) the project has become a subject of interest in recent years including countries in the south east Asian region for the potential positive effects that it may bring. In addition, this has also become a concern because some thought it may bring negative impact he said adding that this statement  expresses his view on how the belt and road initiative affects Sabah and how should we react to such project.

AKIBAT KENYATAAN PEMIMPIN WARISAN TIDAK KONSISTEN, RAKYAT KELIRU DAN MARAH

Image
KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) terkilan dengan penjelasan segelintir pemimpin Parti Warisan yang menafikan dakwaan kononnya Warisan tidak pernah berkata atau berjanji akan menghentikan projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED), namun penafian mereka masih kurang jelas kepada rakyat. Naib Presidennya Paul Kadau (pic) berkata, sebagai buktinya , pemimpin Warisan harus turun padang dan tanya sendiri penduduk penduduk kampong terutamanya para pengundi DUN Tanjung Aru selain beberapa akhbar yang telah memaparkan kenyataan tersebut, katanya. Projek TAED, yang dijangka menelan kos RM7.1 bilion atas dayausaha kerajaan terdahulu bertujuan untuk meningkatkan profil ekopelancongan Sabah, menarik pelaburan dan menangani masalah pencemaran dan hakisan yang kawasan Tanjung Aru telah dialaminya selama bertahun-tahun. Dalam pada itu, portal berita free Malaysia Today (FMT) turut melaporkan bahawa Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah( Sepa) Lanash

GENERASI MUDA DIMINTA KEKALKAN WARISAN BUDAYA: JAPLIN

Image
Japlin memukul gong tanda perasmian sambutan  Pesta Kaamatan peringkat Kampung Nahaba di Dewan Pelancongan Kalangadanku, Kota Belud semalam. KOITA BELUD: Ahli  Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Japlin Akim menyeru semua masyarakat agar dapat mempertahankan keharmonian yang selama ini dikecapi agar kesinambungan warisan serta pembangunan terus terpelihara. Beliau berkata Pesta Kaamatan itu merupakan landasan terbaik kepada semua pihak untuk menonjolkan aset kekayaan seni budaya masyarakat Kadazandusun. “Warisan kebudayaan ini perlu dijaga sebaik mungkin kerana warisan ini mencerminkan identiti sesuatu kaum. “Pesta Kaamatan bukan sahaja dapat mengekalkan kepelbagaian kebudayaan kaum masyarakat etnik di Sabah, tetapi juga dapat menggalakkan persefahaman budaya, meningkatkan keharmonian kaum dan memupuk semangat kerjasama antara kaum-kaum etnik negeri ini. Jelas beliau semangat perpaduan dan kerjasama ini menjadi asas kukuh ke arah menjamin kestabilan dan k

PESTA MAGAHAU ZON K.K DILANCAR PADA 30.6.2019

Image
Rejanah Bahanda (lima dari kiri) secara simbolik menyerahkan tajaan PMZKK kepada Jonos di majlis itu sambil diperhatikan oleh ahli jawatankuasa PMZKK yang lain KOTA KINABALU: Perayaan masyarakat Rungus- Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu (PMZKK) 2019 akan diadakan pada 30 Jun 2019 di Dewan Mini Kampung Dato Tebobon, Menggatal, bermula jam 8.00 pagi. Pengerusi penganjurnya, Encik Jonos Lingon berkata, semua persiapan telah dibuat bagi pelancaran pesta itu, tahun ini. Beliau berkata, Zon Kota Kinabalu menjadi tuan rumah pelancaran Pesta Magahau 2019 yang akan diadakan di 7 Zon seluruh Sabah sehingga bulan Ogos 2019. "Antara pengisian sambutan itu ialah sukan rakyat, Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM), Mitarab Monurizak (pertandingan nyanyian) dan lain-lain", katanya pada sidang media di pejabat Real Beauty Sdn.Bhd di Iramanis Centre, hari ini. Real Beauty Sdn.Bhd yang diasaskan oleh Puan Rejanah Bahanda, seorang usahawan berbangsa Rungus telah menaja sepenuhnya keselu

SABAH DAN KALIMANTAN PENGGERAK EKONOMI

Image
Bapak Krishna Djelani menyampaikan cendera kenangan dengan Datuk Syed Abas Syed Ali. KOTA KINABALU: Daerah Tawau, Sabah dan Kalimantan mampu dibangun sebagai penggerak ekonomi kedua-dua wilayah. Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali berkata kedudukan Sabah khususnya Tawau, Sabah yang terletak berhampiran Kalimantan Utara mempunyai pelbagai potensi ekonomi untuk meningkat ekonomi penduduk di situ. Beliau berkata kawasan Serundung di Tawau dan di Kalimantan adalah strategik dijadikan zon ekonomi sebagai inisiatif awal menyokong sektor perdagangan. Katanya, lokasi Tawau yang strategik iaitu berhampiran dengan sempadan Indonesia harus dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan lagi ekonomi perdagangan di kedua-dua negara. “Dengan adanya jaringan Lebuhraya Pan Borneo, ianya bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya bahkan ia turut memberi impak kepadapertumbuhan ekonomi masyarakat. “Amat wajar kerajaan menga

KPLB SABAH TEKAD PASTIKAN TIADA DAERAH TERPENCIL TERPINGGIR

Image
  Ewon bergambar bersama para penari Tombonuo daripada Pitas. PAITAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah bertekad memastikan tiada daerah terpencil luar bandar di negeri ini terpinggir dalam arus pembangunan. Sehubungan itu Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program turun padang beliau ke kampung-kampung terpencil di kawasan pedalaman dapat memberikan gambaran sebenar keadaan kampung berkenaan dan membantunya dalam menyediakan bajet kementerian itu. “Kita mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dicapai, sebab itu saya datang bukan sekadar meraikan sambutan Kaamatan Raya di Kampung Abuan tetapi mengingatkan saya betapa besarnya tanggungjawab kita untuk melihat keseluruhan luar bandar Sabah. “Antara kawasan yang menjadi perhatian kita ialah Daerah Kecil Paitan yang tersenarai antara daerah termiskin di Sabah tanpa membelakangkan daerah-daerah lain. Oleh itu semua hasil dapatan daripada lawatan ini termasuk Kg.Abuan dan Tagapalang di daerah K

Matbali rasmi majlis makan malam amal PSKKS

Image
Matbali (empat dari kanan) bersama Helen (lima dari kanan) dan tetamu lain memotong kek ulang tahun di majlis itu. SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Musah telah merasmikan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sukarelawan Kanser dan Kemasyarakatan Sipitang (PSKKS) di Tai Pan Restaurant SFI Motel Sipitang, dekat sini, malam Sabtu lalu. Majlis makan malam  amal itu diadakan bagi mengutip dana untuk tabung PSKKS bagi membiayai program dan aktiviti persatuan itu. Turut hadir ialah Presiden PSKKS, Puan Helen Morris, pemimpin BERSATU Bahagian Sipitang dan dermawan. Matbali yang juga Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Sipitang turut memuji PSKKS kerana berjaya menganjurkan majlis makan malam amal bagi mengutip dana untuk tabung persatuan itu. Terdahulu, Presiden PSKKS,  Puan Helen dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menyokong majlis makan malam amal itu, khususnya Matbali yang sudi merasmik

Uda Sulai antara tetamu rumah terbuka aidilfitri Arsit Sedi

Image
PEMBANTU Menteri Kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Haji Uda Sulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, merupakan antara ribuan tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Putatan, Datuk Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi di kediamannya di Kg.Sedomon, Petagas. Turut hadir di majlis itu ialah isteri Arsit, Datin Seri Hajah Zairenah Irene Siyu,  Ketua Penaja Srikandi Bersatu Bahagian Putatan, Puan Salma Said, Ketua Penaja Armada Bersatu Bahagian Putatan, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit, pemimpin Bersatu Bahagian Putatan dan rakyat pelbagai kaum. Kelihatan dalam gambar, Uda (lima dari kiri) bersama Arsit (enam dari kiri), Zairenah (dua dari kanan), Salma (kanan), Mohd.Isquzawan (dua dari kiri) dan tetamu lain di majlis rumah terbuka itu.-pr

Jenayah rentas sempadan tangguhkan perdagangan barter-Pemuda UMNO Sabah

Image
Abdul Aziz Julkarnain KOTA KINABALU: Kejadian penculikan yang berlaku baru-baru ini di perairan Sabah sepatutnya menjadi 'wake up call' kepada seluruh rakyat Sabah untuk mendesak kerajaan negeri agar menghentikan segala polisi-polisi mereka yang sama sekali tidak menguntungkan negeri ini dan penduduknya, kata Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain. Katanya,  mutakhir ini, jenayah rentas sempadan semakin menjadi-jadi terutamanya ketika pemerintahan kerajaan Warisan-Pakatan Harapan (PH). "Keadaan ini cukup membimbangkan penduduk Sabah terhadap keselamatan mereka terutamanya apabila kerajaan negeri,  suka untuk melaksanakan polisi-polisi yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk negeri ini", dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini. "Kita masih tidak lupa apabila antara polisi pertama kerajaan Warisan-PH  ialah mencadangkan penarikan balik pengharaman penggunaan bot pam di negeri ini.  "Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu telah me

BERSATU daftar ahli sahih, bukan semberono

Image
Arsit (tengah) bersalam dengan tetamu yang menghadiri rumah terbuka beliau.  PUTATAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mendaftar ahli baharu secara semberono sebaliknya hanya individu yang mempunyai dokumen dan bukan ahli mana-mana parti lain akan diterima menyertainya. Ketua Penaja Bersatu Bahagian Putatan, Datuk Seri Dr. Arsit Sedi berkata, bagi bekas ahli mana-mana parti yang mahu menyertai Bersatu pula, mereka perlu membuktikan telah melepaskan keahlian selama sebulan sekurang-kuranya sebelum mendaftar ke dalam Bersatu. Katanya, langkah itu diambil untuk memastikan tiada mana-mana parti lain terutama daripada komponen kerajaan yang mendakwa ahli mereka dirampas serta memastikan sokongan kepada Bersatu adalah tulen. "Dulu kalau mahu daftar parti cuma minta nombor kad pengenalan tetapi sekarang kami syaratkan mereka sertakan salinan dokumen itu bersama borang keahlian jika tidak permohonan ditolak. "Ini adalah antara pesanan daripada kepimpinan pusat

Motif politik atau perlakuan professional

Image
Ir. Abdul Aziz Julkarnain Ketua Pemuda UMNO Sabah Kenyataan Akhbar Pemuda  UMNO Sabah KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). https://www.sinarharian.com. my/article/33633/BERITA/ Nasional/SPRM-dedah-41-penama- penerima-wang-1MDB Tindakan pertama Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ini dilihat berunsurkan politik dan selektif. Ianya memang sudah dijangkakan sebelum ini oleh pelbagai pihak yang mempersoalkan pelantikan beliau kepada jawatan tersebut sebelum ini. Menurut beliau, pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi responden kepada permohonan tersebut yang melibatkan jumlah wang sebanyak hampir RM270 juta. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya melibatkan r

Ramlee desak ESSCOM distruktur semula

Image
Datuk Ramlee Marhaban KOTA KINABALU:  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban mendesak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) distruktur semula ekoran insiden penculikan nelayan di Lahad Datu pada 18 Jun lalu.  Menurut beliau, kejadian di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) itu jelas menunjukkan pihak ESSCOM gagal menjamin keselamatan di kawasan berkenaan daripada aktiviti jenayah khususnya penculikan membabitkan kumpulan pengganas Abu Sayyaf. Katanya, adalah suatu yang memalukan selepas enam tahun ESSCOM beroperasi kejadian seperti itu masih berlaku yang membayangkan bahawa masih wujud banyak kelemahan kepada pihak berkenaan termasuk kekurangan peruntukan daripada kerajaan. “Berasaskan kepada kejadian terbaru penculikan di kawasan ESSZONE, penstrukturan semula ESSCOM perlu disegerakan, dan menerusi penstrukturan tersebut, kuasa sepenuhnya perlu diberikan pada pasukan polis, maritim dan pasukan gerak am. “Mereka ini mempunyai kuasa menang

APA tindakan parti Warisan terhadap kenyataan ketua wira Putatan Mohd Firdaus Diun

Image
TENOM: Bekas Calon PKR tahun 2008 pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12)  Parlimen Tenom Adris Taripin (pic) menolak reaksi Ketua Wira Warisan  Putatan Mohd Firdaus Diun mengaitkan pergaduhan di beberapa buah  lokasi di Sabah disebabkan penghinaan terhadap pendatang asing tanpa  izin (PTI) tidak tepat. Adris berkata, difahamkan bahawa kes di Ranau itu bukan disebabkan oleh isu sewaan tanah untuk menanam sayur pada awalnya, sebaliknya ia dilakukan oleh pelaku jenayah dari PTI di situ dan bukannya petani tempatan yang menanam sayur, tetapi mereka yang menjual rokok haram di  Pekan Ranau, katanya. “ Firdaus sendiri tidak memahami isu sebenar yang berlaku, misalnya, apa  yang Firdaus ‘highlight’ dalam tulisannya yang cuba memutar belitkan fakta kononnya PTI bertindak balas kepada penduduk tempatan kerana menghina PTI. “ Namun, untuk mengatakan hantaran komen penduduk tempatan ke media  sosial tentang isu PTI adalah pembawa padah hingga menyebabkan beberapa siri pe