Mangsa kebakaran terima sumbangan BERSATU Kota Belud
Srikandi Bersatu Kota Belud menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran. |
KOTA KINABALU:Nasib sebuah keluarga di Kampung Pirasan, Kota Belud, yang kehilangan rumah dalam kebakaran pada 19 Jun lalu, mendapat perhatian daripada Bersatu Kota Belud yang menyampaikan bantuan keperluan harian dan wang tunai.
Adun Usukan, Datuk Japlin Akim berkata, sumbangan yang disampaikan bersama-sama dengan Srikandi Kota Belud dan Armada Kota Belud adalah satu daripada tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin pihaknya kepada rakyat.
"Bersatu Kota Belud bersama Srikandi dan Armada Kota Belud telah menyumbangkan keperluan harian kepada keluarga Linah Susup berupa barangan keperluan harian dan sumbangan duit untuk kegunaan mangsa kebakaran tersebut.
"Biarpun sedikit, diharap sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka dan diharap dengan sumbangan ini dapat memberi semangat baharu kepada mangsa," katanya semasa penyampaian sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pirasan, Kota Belud semalam.
Beliau yang juga Ketua Penaja Bersatu bahagian Kota Belud turut mengingatkan masyarakat yang mendiami kawasan Kota Belud agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam penggunaan peralatan elektrik dan ketika memasak bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran berlaku.
Katanya, walaupun kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak, namun sikap berwaspada dan berhati-hati pada setiap masyarakat membolehkan kejadian tidak berulang.
Beliau juga meminta masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama terutama ketika musim panas yang boleh menyebabkan kebakaran mudah merebak dengan cepat. Serta di kawasan kediaman mereka.
Di samping itu, ia perlu dijadikan iktibar kepada penduduk lain agar sentiasa mematuhi segala aspek keselamatan kediaman.
Dalam pada itu, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11.57 malam Rabu pada 19 Jun baru-baru lalu, di Kampung Pirasan Jalan Ranau Bypass, Kota Belud. Satu keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah yang didiami musnah terbakar dalam kejadian di sini. Operasi berjaya ditamatkan jam 1.17 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kes itu.
Hadir sama Ketua Penaja Srikandi Bersatu Kota Belud, Hasrina Wati Golkan dan Ketua Penaja Armada Kota Belud, Fairuz Renddan serta ahli jawatankuasa Bersatu Kota Belud.
Comments
Post a Comment