Datuk Bumburing tolak cadangan pindah kem Lokawi ke pantai timur (ESSCOM)

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri WilfredMojilip Bumburing berkata, beliau menolak cadangan kerajaan  negeribdibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal untuk menempatkan markas kem tentera Lok Kawi ke Pantai Timur Sabah kerana tidak bersesuaian.
Ini kerana Kem Lok Kawi masih diperlukan di kawasan pantai barat bagi
menjaga keselamatan dan sebarang ancaman yang mungkin akan berlaku ke atas ibu negeri Sabah khususnya Kota Kinabalu termasuk isu keselamatan diperairan dan pulau pulau diperbatasan dikawasan Laut China Selatan, katanya.

"Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu, memindah kem Lok Kawi ke
Pantai Timur Sabah, sebaliknya, ada baiknya kem baharu perlu dibina di
kawasan yang sering diancam oleh penceroboh terutama  dikawasan
kawasan yang dikenal pasti tempat mereka meloloskan diri dari pasukan
keselamatan.

"Kita sedar kawasan Pantai Timur Sabah lebih memerlukan kem tentera,
sebab itu ada kewajaran bagi Kerajaan mewujudkan kem tentera yang
baharu untuk mengukuhkan pertahanan dari serangan musuh,” katanya
kepada media dekat sini pada Rabu.

Wilfred yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah diera kerajaan
Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada media sebagai mengulas
kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru baru
berhubung penempatan kem tentera dilokasi sesuai khususnya dizon
selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Shafie dipetik berkata, beliau telah mencadangkan kepada pihak
keselamatan diperingkat Persekutuan untuk menempatkan markas kem
Lokawi ke Pantai Timur Sabah untuk mengukuhkan lagi ESSZONE.

Sehubungan itu, Bumburing turut menggesa Kerajaan agar meningkatkan
bilangan dan kekuatan aset serta infrastruktur tentera di kawasan
Pantai Timur Sabah khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur
Sabah (Esscom) kerana ia adalah keperluan yang mendesak.

PCS memandang serius isu keselamatan diSabah dimana sejak kebelakangan ini rakyat merasa bimbang berhubung jaminan keselamatan mereka (rakyat), disebabkan beberapa kejadian seperti rompakan, pembunuhan pemandu grab, pergaduhan diTawau dan banyak lagi, kata Bumburing.

Oleh itu, Bumburing turut meminta kepada Ketua Menteri Sabah Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan
Negeri Sabah menekan peri pentingnya usaha usaha menagani isu
keselamatan dilakukan secara serius dan proaktif kerana kebimbangan
rakyat berhubung ancaman keselamatan berada ditahap kritikal,
jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden Angkatan Perpaduan Sabah (APS) Paul Kadau sekali lagi mengulangi sokongannya terhadap cadangan Ketua Polis Negera (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada baru baru ini untuk menstruktur dan menyususn semula ESSCOM merupakan suatu langkah yang baik.

“ Kita bimbang dengan pencapaian ESSCOM sebelum ini, kerana mengikut laporan bahawa mereka telah melaksanakan tugas rondaan ditempat tempat yang strategik...anehnya masih terdapat lagi kejadian kejadian penjenayah bolos dari kepungan petugas keselamatan diperbatasan.

“ Mungkin ada sebabnya tetapi rakyat tempatan tidak tahu puncanya
apatah lagi dikawasan daerah daerah dipedalaman...(oleh itu) kita juga
turut mencadangkan agar satu operasi bersepadu secara menyeluruh harus dilakukan dengan kerjasama Ketua Kampong, MPKK dan RELA.

“ Manakala di Pejabat Tanah didaerah daerah juga harus turut bersama
dengan operasi tersebut dengan memeriksa dokumen dokumen pemilik tanah kerana difahamkan terdapat penduduk tempatan menyewa tanah tanah milik mereka kepada orang asing secara senyap sebagai jambatan kepada mereka yang tidak berhak untuk menjadi penduduk dikawasan berkenaan,” katanya.-pr

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming