PESTA MAGAHAU ZON K.K DILANCAR PADA 30.6.2019

Rejanah Bahanda (lima dari kiri) secara simbolik menyerahkan tajaan PMZKK
kepada Jonos di majlis itu sambil diperhatikan
oleh ahli jawatankuasa PMZKK yang lain

KOTA KINABALU: Perayaan masyarakat Rungus- Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu (PMZKK) 2019 akan diadakan pada 30 Jun 2019 di Dewan Mini Kampung Dato Tebobon, Menggatal, bermula jam 8.00 pagi.

Pengerusi penganjurnya, Encik Jonos Lingon berkata, semua persiapan telah dibuat bagi pelancaran pesta itu, tahun ini.

Beliau berkata, Zon Kota Kinabalu menjadi tuan rumah pelancaran Pesta Magahau 2019 yang akan diadakan di 7 Zon seluruh Sabah sehingga bulan Ogos 2019.

"Antara pengisian sambutan itu ialah sukan rakyat, Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM), Mitarab Monurizak (pertandingan nyanyian) dan lain-lain", katanya pada sidang media di pejabat Real Beauty Sdn.Bhd di Iramanis Centre, hari ini.

Real Beauty Sdn.Bhd yang diasaskan oleh Puan Rejanah Bahanda, seorang usahawan berbangsa Rungus telah menaja sepenuhnya keseluruhan kos sambutan PMZKK yang melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Inanam dan Putatan.

Jonos berkata, tujuan pesta itu diadakan bagi mengekal dan menonjolkan budaya dan tradisi suku kaum Rungus, agar dapat dijiwai dan diwarisi oleh masyarakat Rungus itu sendirinya dan juga rakyat pelbagai kaum di  negeri ini.

Menurutnya, PMZKK akan dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM)  Inanam, Encik Abdul Latif Mopuas.

Seramai 13 peserta akan bersaing merebut gelaran ratu dalam MGM. Johan MGM akan menerima hadiah wang tunai RM1000, trofi dan hadiah lain. Sementara Naib Johan dan  tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM500, trofi dan hadiah iringan lain.

Pemenang johan, naib johan dan tempat ketiga MGM akan mewakili zon Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri.

Sementara itu, seramai 10 peserta akan bertanding di peringkat akhir Monurizak (nyanyian). Johan akan menerima hadiah wang tunai RM700, piala dan hamper. Sementara naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah RM500 dan RM300 berserta piala dan hamper.

Ketiga-tiga pemenang Monurizak juga akan mewakili zon Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri.
Jonos (tiga dari kanan) bersama Rejanah (tiga dari kiri) pada
sidang media sambutan PMZKK


Sementara itu Puan Rejanah Bahanda berkata, Real Beauty menaja keseluruhan kos sambutam PMZKK bernilai kira-kira RM20 ribu.

Katanya, ini merupakan kali pertama syarikatnya menaja sepenuhnya kos sambutan PMZKK.

"Kita terpanggil untuk menaja sepenuhnya pesta itu atas kesedaran sambutan sesuatu perayaan suku kaum memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Sebagai seorang usahawan suku kaum Rungus, sekiranya bukan kita yang tampil  menyokong dan membantu, siapa lagi yang akan membantu", katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Real Beauty.

Menurutnya, Real Beauty juga akan membantu dan menaja hadiah berupa produk kecantikan untuk Pesta Magahau Peringkat Negeri Sabah 2019.-PR

Comments

  1. Hiya, I’m really glad I’ve found this information. Nowadays bloggers publish just about gossip and net stuff and this is really irritating. A good web site with interesting content, this is what I need. Thank you for making this web-site, and I will be visiting again. Do you do newsletters by email?
    top rice producers in the world

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming