Kraftangan Rungus akan dipamerkan diLondon
WAKIL
NEGARA….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Dato’ Jelani Hamdan (empat
dari kiri) yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) bersama
Sherone Wong Wan Fung (tiga dari kiri), Prisca Junai (dua dari kiri), Lusilah
Retni Lim (kiri), Nailiga Binti Parasin (dua dari kanan) dan Edwined Majius
(kanan) menunjukkan isyarat bagus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas ke London bagi mewakili Malaysia ke World
Travel Market (WTM) London 2016 yang akan diadakan di ExCel London Contemporary
Events & Convention Centre pada 7 hingga 9 November 2016.
Sherone
merupakan Johan Gimpuhut Momogun Rungus dan juga Duta Pelancongan Matunggong
selaku Ketua Rombongan. Prisca merupakan Naib Johan Gimpuhut Momogun Rungus,
Lusilah (Mangan Ratu Pesta Gong 2015) manakala Nailiga merupakan pakar tenunan.
Menurut
Jelani, SAMORA telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk
bersama-sama menjayakan pameran sempena WTM London 2016.
“Antara
hasil kraftangan Rungus yang akan diketengah dan dipamerkan ialah Ringo, Gong,
manik-manik dan lain-lain. Ini merupakan peluang keemasan bagi produk
kraftangan Rungus menembusi pasaran antarabangsa”, katanya.
Menurutnya,
SAMORA akan diwakili oleh 8 orang peserta terdiri daripada Johan Gimpuhut
Momogun Rungus (GMR) dan Top 7 Mitarab
Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau 2016.
“MGM akan
mempamerkan kemahiran dan skill mereka dalam membuat bakul / Rinago tradisi,
menenun pakaian tradisi Rungus dan lain-lain secara 'LIVE' di WTM London”,
tambahnya.
Jelani
berharap menerusi WTM London, kraftangan Rungus dapat menembusi pasaran Eropah
(Europe) menerusi jalinan kerjasama (joint venture) dengan pihak yang berminat.-AG
Comments
Post a Comment