Produk Rungus mendapat sambutan diLondon

Masidi (empat dari kiri) dan deligasi pelancongan Sabah
bergambar bersama wakil SAMORA di WTM London 2016

LONDON: Produk kraftangan Rungus yang turut dipamerkan di Pavilion Malaysia di World Travel Market (WTM) London 2016 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Pengunjung dari seluruh dunia yang menghadiri WTM London begitu tertarik dengan keunikan kraftangan Rungus terutama Rinago,manik-manik, gong dan lain-lain yang dibawa khas dari Kudat, Sabah.


Tahun ini, Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) yang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan sekali lagi diberi penghargaan oleh Kerajaan untuk bersama-sama menyertai delegasi Malaysia ke WTM London 2016 dengan mengetengahkan produk kraftangan etnik Rungus, Kudat.


WTM London 2016  merupakan pameran pelancongan kedua terbesar dunia (second bigger travel fair in the world) selepas ITB Berlin dengan disertai oleh hampir kesemua negara di dunia yang mempromosikan pelancongan negara masing-masing.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah merasmikan Pavilion Malaysia sempena WTM London 2016 di Excel Docklands, London. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.


SAMORA telah diwakili oleh 5 orang peserta terdiri daripada Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR)  dan Top 7 Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau 2016.


Mereka ialah Johan Gimpuhut Momogun Rungus dan juga Duta Pelancongan Matunggong, Sherone Wong Wan Fung, Prisca Junai (Naib Johan Gimpuhut Momogun Rungus), Lusilah Retni Lim (Mantan Ratu Pesta Gong 2015), Nailiga Binti Parasin (pakar tenunan) dan Edwined Majius.


Walaupun SAMORA fokus kepada pameran kraftangan, Mohamed Nazri telah meminta wakil SAMORA membuat persembahan khas tarian tradisi Rungus “Mongiggol Sumundai”


Sementara itu, lagu Tanak Kampung dan Sayang Kinabalu juga dipilih oleh Nazri sebagai lagu yang dimainkan di booth Malaysia Pavillion WTM London 2016.-AG

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming