Bina balai Bomba dan Penyelamat di Putatan-Yahya
Yahya menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan makanan kepada mangsa kebakaran Kampung Tebongon, Putatan sambil diperhatikan oleh Ag.Abd.Ghani (dua dari kanan) dan Juliah (empat dari kiri). |
PUTATAN:
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mengulangi gesaan
agar Balai Bomba dan Penyelamat segera dibina di daerah Putatan.
Katanya,
Putatan yang amat pesat membangun dengan jumlah penduduk kira-kira 100 ribu
orang amat memerlukan sebuah balai bomba.
Beliau
berkata, seringkali apabila berlaku kebakaran rumah di kampung, pasukan bomba
dari balai berdekatan seperti Penampang dan Sembulan tidak sempat menyelamatkan
rumah yang hangus.
“Justeru,
kita mahu kementerian berkaitan di peringkat Kerajaan Pusat segera membina
balai bomba dan penyelamat di Pekan Putatan”, katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 3 keluarga di
Kampung Tebongon yang tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran yang
berlaku pada petang 1 November 2016 yang lalu.
Turut
hadir ialah Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusoff, Ketua
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juliah Palasin dan pemimpin
masyarakat setempat.
Yahya
telah menyerahkan bantuan daripada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dan Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah kepada mangsa-mangsa kebakaran terdiri
daripada Jamali Yusuf, Mohd.Zainie
Saiman dan Mohd Zareen Saiman.
Yahya
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, tanah seluas 2
ekar di kawasan pekan telah tersedia sebagai tapak untuk membina balai bomba
dan penyelamat.
“Sekarang
kita menunggu tindakan lanjut kementerian berkaitan untuk membina balai bomba
tersebut. Kita berharap ianya dapat dimulakan
secepat mungkin, selewat-lewatnya tahun hadapan”, tegasnya.
Beliau
juga mengingatkan penduduk Kampung Tebongon agar tidak membina rumah terlalu
dekat dengan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan berlalu lalang.
Katanya,
penduduk kampung perlu mengelak membina rumah terlalu dekat diantara satu sama
lain dan juga di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan.
Terdahulu
dalam ucapannya, Yahya mengingatkan penduduk kampung agar tidak melakukan pendawaian
haram yang tidak dibenarkan oleh pihak berwajib.
Yahya
juga mahu penduduk kampung bersatu-padu dan bekerjasama demi keharmonian dan
pembangunan kampung mereka.
Sementara
Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putatan yang diketuai oleh Juliah dan Program Membara
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan turut menyampaikan bantuan berupa wang
tunai dan bahan makanan kepada mangsa kebakaran.-AG
Comments
Post a Comment