DARIPADA HOBI KINI BERGELAR USAHAWAN MUDA

Kenangan...krew Purdy Cafe dan (dua dari kanan)
Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe bergambar kenangan
 tetamu yang datang


KOTA KINABALU: Tanpa mengira apa juga jenis kemahiran yang dimiliki, ia tidak akan bermakna jika kita tidak menghargai dan menggunakannya dengan cara bijak apatah lagi jika mampu menambah pendapatan sampingan bagi menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.

Suatu ketika dahulu anak kelahiran Beaufort ini tidak menyangka akan terlibat secara serius dalam bidang perniagaan restoran. Apatah lagi beliau memiliki Diploma Rekaan Hiasan Dalaman daripada Universiti Limkokwing, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Arkitek Hiasan Dalaman di Universiti Northumbria, di United Kingdom.

Namun, bagi Sandra Munirah Ruslan, 33, dia akur dengan pepatah di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi apabila akhirnya menceburkan diri dalam bidang restoran yang pernah diusahakan oleh keluarganya di Beaufort sejak tahun 1996.  

Beliau yang kini merupakan pemilik Purdy Café di Putatan, di Kota Kinabalu berkata, perniagaan keluarga sebagai pembekal makanan bermasak Islam dan terkenal dengan ‘daging dendeng mak ngah’ sejuk beku menjadi inspirasinya dalam meneruskan perniagaan tersebut secara lebih serius.

Dia mula berjinak-jinak dalam bidang penyediaan makanan F&B ini sejak tahun 2010 bermula dengan perniagaan di bazar Ramadan selain melakukan katering secara kecil-kecilan di Kota Kinabalu.

Katanya, nama Purdy Café diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu asalnya ‘pretty’ tetapi disebut dalam bahasa dialek menjadi ‘purdy’.

Ruang hiasan dalaman kafe itu pula menggunakan berkonsepkan elemen rustic, ‘less is more’ dan kitar semula. Sebahagian hiasan dalaman kafe daripada rekaan lampu, pemegang pintu, sinki dan kabinet dengan menggunakan barang-barang antik dan terbuang, serta ‘custom made’.

Sementara menu makanan yang diketengahkan dalam kafe ini adalah Nasi Daging Dendeng dan Salad Salsa, Nasi Lemak Sambal Udang Petai, Nasi Lemak Sambal Udang, Nasi Lemak Rendang Ayam Crispy, Smoke Duck Carbonara, Grilled Chicken Pesto, Belgium Fries with Jalapeño, Classic Caesar Salad, Avacado Toast With Poached Egg, Soup of the day : Pumpkin Soup & Garlic baguette.

Setakat ini, Purdy Café mempunyai 4 orang krew merangkumi 1 orang barista, Nathan Lou, yang berpengalaman selama 3 tahun dalam bidang kopi espresso, pembantu barista Norfarahin Abdullah, seorang tukang masak, Mark Malik dan 1 orang pembantu tukang masak serta 1 pelayan.

Purdy Cafe turut menawarkan pakej katering dan event planner serta ‘event space’ untuk acara tertentu seperti majlis hari jadi dan sebagainya. Ruangan Purdy Cafe boleh mencapai 60 orang pada satu-satu masa selain dilengkapi dengan kemudahan bilik berhawa dingin dan ruang biasa..

Terbaru, Purdy Café menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu Chef Terrence O’ Brien Maarat seorang Chef dan konsultan dalam bidang hospitality, dapur, dan menu masakan. Chef Terrance juga adalah antara bekas peserta Master Chef Malaysia Musim Pertama. Kedatangan beliau adalah untuk memberi semangat dan tunjuk ajar kepada crew Purdy Cafe untuk memantapkan lagi mutu dan kualiti servis dan masakan di Purdy Cafe.

Selain itu, Purdy Café juga menawarkan beberapa aktiviti untuk pengisian program bulanan kepada orang ramai bertujuan  menambah ilmu dan menghabiskan masa lapang seperti pengenalan mengenai kopi espresso, mini bazaar dan lain-lain aktiviti lagi.

“Aktiviti pengenalan asas mengenai kopi espresso akan tunjuk ajar oleh Barista kami. Latihan ini adalah sangat asas melibatkan pengenalan mengenai rasa kopi, perbezaan setiap kopi,dan setiap pelajar akan diberi peluang untuk merasa setiap jenis kopi seperti espresso, latte, macchiato, americano dan mocha.

“Paling menarik, anda akan diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengekalkan aroma dan tekstur kopi espresso,” katanya.

Beliau menggalakkan pernyertaan dalam bentuk berkumpulan dengan maksimum satu sesi sebanyak lima orang. Sesi itu hanya mengambil masa antara 1 jam hingga satu jam setengah dan yuran adalah sebanyak RM100 seorang untuk satu sesi.

Bayaran itu adalah tidak termasuk kos bahan sebanyak RM50. Jika sesi latihan secara private berkumpulan (maksimum 5 orang), Purdy Cafe akan memberi diskaun untuk setiap seorang peserta. Kelas ini hanya dilakukan pada hari Ahad sahaja untuk 1 sesi berkumpulan.

Purdy Cafe terletak di Lot B-9-0, Lorong Plaza Mahkota 1, Putatan 89500 Kota Kinabalu, telefon bimbit 016-822 2560, instrgram @Purdy Cafe dan facebook Purdy Cafe. Di buka mula 11 pagi hingga 8 malam.

Gambar :

  1. Kenangan...krew Purdy Cafe dan (dua dari kanan) Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe bergambar kenangan tetamu yang datang.
  2. Nasi Lemak Sambal Udang hidang istimewa.
  3. Classic Caesar Salad.
  4. Chef Terrence O’ Brien Maarat bekas peserta Master Chef Malaysia Musim Pertama memberi semangat dan tunjuk ajar kepada barista Nathan Lou krew Purdy Cafe,
  5. Ice cube foffee tenom.
  6. American breakfast for single portion.
  7. Keadaan dalam Purdy Cafe.
  8. Seafood Marinara Pasta
  9. Krew Purdy Cafe (dari kiri) tukang masak Mark Malik, Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe, barista, Nathan Lou dan pembantu barista Norfarahin AAbdull

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming