MARINAH DOKSIL JOHAN GIMPUHUT MGM PESTA MAGAHAU ZON LABUAN 2019

Cik Marinah Doks Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau
 Zon Labuan 2019  (tengah) bersama Cik Alfiera Jatin (kiri) dan
Cik Esther Sherilyn Joseph (Kanan)


LABUAN  : Cik  Marinah Doksil muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Labuan 2019  yang diadakan di Dewan Golf Club Labuan , semalam.

Cik Alfiera Jatin  dan Cik Esther Sherilyn Joseph   masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.  

Mereka masing-masing akan mewakili W.P.Labuan bagi Johan, Johor bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Klang Valley ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Cik Esther Sherilyn Joseph pula  dinobatkan sebagai Miss Popular FB bagi Zon Labuan selepas mendapat undian terbanyak.

Sementara Cik Nurasnih Madjalan dipilih sebagai model of the year bagi kawasan Zon Labuan. 

Untuk kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Encik Usal Jon Gavis . Manakala Encik Alfred Ongudok dan  Encik Roven u Dominog masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan akan mewakil W.P.Labuan,  naib johan akan mewakil Johor dan tempat ke 3 akan
mewakili Klang Valley  ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Real Beauty Sdn Bhd Puan Rejanah Bahanda telah merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir ialah  Pengerusi MGM Induk Pesta Magahau 2019 , Puan Ruhini Andong,  Puan Mimie D Selvakumar,  Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan .

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Labuan ,  4  zon lagi yang  akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini.  Zon-zon tersebut ialah , Zon Pitas (13 Julai 2019), Zon Kudat (20 Julai 2019), Zon Kota Marudu (21.julai 2019) dan Zon Beluran ( 27 Julai 2019 ).-PR

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming