Wanita UMNO Sabah Mengalu-alukan DS Zahid Kembali Bertugas
Datuk Dr. Hjh Jainab Datuk S.P Haji Ahmad Ayid, |
KOTA KINABALU: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang mandatnya diberikan oleh Ahli UMNO melalui kaedah demokrasi yang sah. Ianya wajib dihormati oleh semua pihak.
Maka dengan mandat itu jugalah Datuk Seri Ahmad Zahid kembali bertugas sebagai Presiden UMNO.
Datuk Dr. Hjh Jainab Datuk S.P Haji Ahmad Ayid, Ketua Wanita UMNO Sabah dalam satu kenyataan akhbar berkata kepimpinan Wanita UMNO Pusat dan UMNO Negeri, Wanita UMNO Sabah juga mengalu-alukan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dan menyifatkan keputusan tersebut amat tepat untuk kita menyusun gerak kerja Pilihanraya agar lebih jelas.
Wanita UMNO Sabah juga meminta semua Ahli UMNO agar menghormati dan memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden, katanya.
Menurut beliau, ahli UMNO perlu fokus kepada agenda parti, perpaduan Ummah dan strategi untuk menang PRU15.

"Janganlah kita termakan dengan kata-kata adu domba segelintir ahli. Buang yang keruh ambil yang jernih," Katanga.
"Kita wajib mengambil iktibar pada kekalahan pilihanraya lepas. Kita berpecah belah angkara fitnah yang disebarkan oleh Pakatan Harapan. Kini kita sedar UMNO adalah parti keramat yang memperjuangkan suara bumiputera dan kaum-kaum lain. Atas dasar itu UMNO dan Barisan Nasional terkenal dengan tagline 1Malaysia. Dari itu jangan sekali-kali kita benarkan orang ketiga memecahbelahkan kesatuan kita," tegas beliau..
"Kita, Ahli UMNO harus insaf dan beringat jangan hilang fokus. Terus istiqamah dan konsisten melaksanakan agenda peremajaan parti serta memperkukuhkan jentera pilihanraya kerana PRU semakin mendekati kita," Katanga.
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi membuat pengumuman untuk kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO setelah beliau bercuti. Tugas-tugas Presiden sebelum ini diamanahkan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan. -PR

Comments
Post a Comment