UMNO AKAN TERUS WUJUD SELAMA-LAMANYA



KOTA KINABALU: Pemuda UMNO Sabah  hari ini mendesak Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin tertinggi parti itu yang  mengadu domba dan cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin parti di media sosial.

Ketuanya, Ir. Abdul Aziz Julkarnain mendakwa perkara ini berlaku hanya kerana berbeza pendapat.

Beliau berkata, mereka seharusnya tidak menggunakan "kebijaksanaan yang tidak bijaksana" di platform terbuka seperti media sosial untuk melaga-lagakan pemimpin parti.

"Ini kerana ianya akan mengundang persepsi dan tanggapan negatif terhadap imej baik parti UMNO yang sedang dalam proses pengukuhan.

"Sedarlah bahawa parti keramat ini sedang diserang bertubi-tubi oleh Regim Pakatan Harapan (PH). Kita diancam dengan segala naratif yang tidak berasas sama sekali tanpa bukti kronkit yang membuktikan.

"Kita ditekan dengan segala ancaman untuk melemahkan parti agar kita tidak mampu lagi bangkit kembali untuk menyalakan obor perjuangan UMNO", katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aziz berkata, Pemuda UMNO Sabah menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,  Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan keputusan Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas, agar tidak dipolemikkan.

Beliau berkata, ini kerana ianya adalah hak mutlak Ahmad Zahid selaku Presiden Parti yang sah dan selaras dengan perlembagaan parti supaya UMNO terus dapat menumpukan usaha pengukuhan dan penyatuan dalam parti.

Menurutnya,  inilah masanya seluruh ahli UMNO perlu "Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat" untuk menumpukan segala kudrat dan tenaga yang ada demi membela nasib dan kehidupan rakyat marhaen yang semakin tertekan oleh polisi-polisi kerajaan regim Pakatan Harapan (PH) yang hilang punca halatuju akibat pergolakan merebut kuasa tertinggi negara.

Aziz optimie dan percaya, UMNO akan terus wujud kerana akarumbi masih bersama parti itu.

"Mereka masih menaruh kepercayaan kepada kita untuk membela dan mempertahankan martabat agama dan maruah bangsa yang sedang dirobek dan dicarik-carik oleh regim PH.

"Kita tidak mampu bertelagah sesama sendiri saat ini kerana akarumbi memerlukan kita agar bersatu teguh dan terus merapatkan saf-saf perjuangan", tegasnya.

Katanya, UMNO telah wujud selama lebih 73 tahun dan akan terus wujud untuk selama-lamanya, selagi ahli-ahli parti istiqomah kepada idealisme perjuangan dan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.-PR

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming