APS bimbang surat sokongan pemimpin dibuat tanpa kaji kesan dan implikasinya


KENINGAU: Kecenderongan pencerobohan tanah dibeberapa kawasan terutamasekali kawasan Pantai Barat sepertimana telah berlaku pada baru baruini di Telok Likas menimbulkan banyak persoalan dan perlu ditanganidengan serius agar tidak merebak ke lain kawasan terutamanya dikawasanp edalaman, kata NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS).
Naib Presidenya Paul Kadau (pic) berkata, agak mustahil para penceroboh itu dengan begitu berani menerokai tanah milik kerajaan tanpa memiliki apa apa kelulusan sah, jikalau penceroboh itu  tidak mempunyai hubungan baik dengan 'orang yang mempunyai kuasa', katanya.

Surat permohonan penceroboh yang disokong Timbalan
Menteri Dalam Negeri yang juga MP Sepanggar


Anehnya, mereka (penceroboh) begitu berani mengheret nama pembesar negeri terutamanya TYT dan beberapa pemimpin lain dengan mendakwa telah memberi kelulusan untuk memiliki tanah sepertimana berlaku di Kg Kurol Melangi di Likas baru baru ini, tambahnya.

Beberapa surat ditunjukkan oleh penceroboh yang mendakwa telah mendapat sokongan TYT dan seorang Timbalan Menteri Persekutuan yang secara jelas merestui permohonan penceroboh bernama Arshad bin Ghani yang meminta Pengarah Tanah kaji dan bantu jika memenuhi syarat dalam permohonan tersebut.

Bagaimana pun, pihak Istana melalui Setiausaha Sulit TYT telah membuat laporan polis menafikan sekeras kerasnya pembabitan tersebut, kata Paul.

Dengan demikian, Paul menggesa kerajaan hari ini harus bertindak secara agresif untuk menangani masalah tersebut dengan mengheret pihak yang bertanggung jawab ke muka pengadilan tanpa kompromi, tegasnya.

Laporan Polis oleh Setiausaha Sulit TYT.


APS yakin dan percaya bahawa tindakan sedemikian merupakan suatu pengajaran kepada mereka dan juga beberapa pengikutnya (kalau ada) supaya menghentikan kegiatan tersebut yang menyalahi undang undang, tambah Paul.

“ Kita juga turut mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak kononnya kawasan rumah rumah di kawasan Parlimen Sepanggar pernah dijanjikan oleh pihak tertentu untuk menjadikannya kawasan setinggan?...inilah yang membingungkan dan menakutkan.

" Malahan mereka yang bersembunyi di kawasan bakau sekarang berani membina rumah haram mereka secara terbuka dimana kita percaya bahawa kegiatan ini juga mungkin telah terdorong dengan janji janji pemimpin tersebut," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Bagaimana pun, secara kebetulan bahawa selepas pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) iaitu selepas wujud kerajaan baharu dengan tiba-tiba kawasan setinggan terus bertambah dibeberapa kawasan bakau antaranya di belakang 1 Borneo.

Malahan agak menghairankan bahawa selepas itu lebih banyak kejadian setinggan terbakar disana sini berlaku dibeberapa tempat diSabah termasuk Pedalaman. - PR.


Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming