PPK PUTATAN, PCB BIOTECH DAN EZ RETAIL METERAI MOU BANGUN PROJEK TERNAKAN IKAN LAUT, UDANG KARA
Uda (empat dari kiri) dan Arsit (belakang Uda) menyaksikan pertukaran MoU diantara Amiludin (tiga dari kiri) dan Winson (tiga dari kanan) di majlis itu. |
KOTA KINABALU:Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan, PCB Biotech Sdn.Bhd dan EZ Retail Kuala Lumpur telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Ternakan Ikan Laut dan Udang Kara di Bakut View Putatan, hari ini.
PCB diwakili pengarahnya, Datuk Haji Abdullah Sibil dan Encik Ku Yoon Khee dan PPK Putatan diwakili oleh Ahli Jemaah Pengarahnya, Haji Amiludin Majin dan Pengurus Besar, Encik Abdul Hasrul Sulaiman. Sementara EZ Retail diwakili Pengurus Besarnya, Encik Winson Yoong.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Haji Uda Sulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas dan Pengerusi PPK Putatan, Datuk Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi.
Majlis itu diadakan sempena dengan perasmian Projek Ternakan Ikan Laut (Kaedah Bio Tech PCB) dan Projek Udang Kara oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato Haji Salahuddin Ayub.-PR
Comments
Post a Comment