Kerjasama membawa kejayaan


Majlis Pemberian Bonus Tahunan EPKK Kg Nahaba - Gambar RJ

KOTA BELUD : Semangat saling berkerjasama dalam satu pasukan dikalangan ahli komuniti berasaskan pelancongan telah terbukti membawa hasil kejayaan. 

Turut berbangga dengan pendapatan Eko Pelancongan Kalangadanku (EPKK)  Kampung Nahaba yang 2 tahun berturut turut menunjuk prestasi  menjana pendapatan.

Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Salleh Ombang yang mewakili Pegawai Daerah berucap demikian di Majlis Pembahagian Bonus Tahunan 2019 Ahli  di Mini Dewan EPKK Kg Nahaba disini.

"Turut bangga dengan kejayaan pengurusan yang memberi bonus kepada ahli sebagai galakan. Gandakan usaha dan berganding bahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung " , kata Salleh.
Katanya, daerah ini terkenal membangunkan eko pelancongan yang dibangunkan oleh komuniti secara gotong royong dan kian pesat.

Walter Kandayon, Presiden Persatuan Pelancongan Kadamaian (KATA)  berkata , Community Based Tourism (CoBT) yang telah dimulakan sejak 2014 kini telah membuahkan sedikit hasil kejayaan. 
EPKK Kg Nahaba berjaya memenuhi konsep CoBT dan kali ke 2 mengagihkan bonus kepada ahli-ahlinya.

"Ini membuktikan bahawa penyampaian bonus adalah pengurusan yang telus diagihkan kepada ahli-ahli, 4 tahun yang lalu kita sudah melihat hasilnya," kata Walter.
Tambahnya, EPKK adalah antara  CoBT yang berhasil , berjaya dan sedang menjana pendapatan. Terdapat beberapa ahli KATA turut mengagihkan bonus atau dividen salah satu prinsip dalam CoBT.

" Kita semakin membuktikan bahawa konsep CoBT amat releven terutama memastikan setiap individu (ahli) menerima  kek yang adil kesan penjanaan aktiviti pelancongan. Ia juga indikasi kejayaan pengurusan yang telus dan mampan dari CoBT  setempat," kata Walter yang juga Presiden Gabungan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Negeri Sabah (FeRTAS).

Sementara itu Pengerusi EPKK Kg Nahaba , Dairon Malun berkata, Penyerahan Bonus Tahunan tersebut memberi semangat untuk terus berkerjasama memajukan EPKK dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dikalangan ahli. EPKK mempunyai  182 ahli berdaftar.

Tambahnya, sebahagian besar sumber pendapatan digunakan pembangunan, juga turut memberi sumbangan kepada badan keagamaan, pendidikan serta kebajikan di kampung Nahaba.- Oleh Rozie Jumat

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Kinabalu Pines, fantastic views in comfort