Yahya rasmi co-opbank persatuan cawangan KK

Yahya (bersongkok) menandatangani
plak perasmian sambil diperhatikan oleh Yusra (tiga dari kanan),
Sani (dua dari kiri), Umar (kiri)
dan Mohamad Azmi (dua dari kiri) di majlis itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad (Co Opbank Persatuan) Cawangan Kota Kinabalu di Alamesra Plaza Utama, Jalan Sulaman, baru baru ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pembukaan Co-opbank Persatuan di Sabah yang telah pun mula beroperasi pada 23 September 2016.

Katanya, Co-opbank Persatuan sehingga kini telah mencapai modak syer berbayar lebih RM343.1 juta, sementara sebanyak 531 buah koperasi daripada seluruh negara telah menganggotainya dan anggota individu melebihi 75,000 orang.

“Dengan adanya 20 cawangan merentasi semua negeri di seluruh Malaysia, Co-opbank Persatuan bukan sahaja berjaya menampatkan dirinya sebaris dengan institusi kewangan lain di negara ini malahan mampu mengangkat martabat dan kedudukan sosio ekonomi para anggotanya”, tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Co-opbank Persatuan, Datuk Haji Yusra Sabar, Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Sani Abd.Hamid, Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Pengarah SKM Negeri Sabah, Umar Sarim Saidin dan Pengerusi Perhubungan ANGKASA Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Panglima Haji Salleh.-AG

Yahya menerima cendrakenangan dari Yusra




Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming