Frankie rasmi Restoran makanan laut

Frankie (tengah) memotong riben bersama Jack Loh semasa perasmian itu

KOTA KINABALU: Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Cawangan Sabah, Datuk Frankie Liew telah merasmikan Restoran Makanan Laut baharu- Ocean City Seafood Restaurant di Star City, Kota Kinabalu, baru baru ini.

Bercakap kepada pemberita, Frankie berkata  Sabah yang kaya dengan sumber perikanan dan marin merupakan syurga makanan laut (seafood heaven) di negara ini.

“Keistimewaan Sabah yang kaya dengan sumber perikanan menyebabkan ia jadi pilihan pelancongan asing terutama dari China, Jepun, Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat dan lain-lain datang melawat Sabah semata-mata mahu menikmati makanan laut Sabah yang segar”, katanya.

Justeru katanya, keistimewaan Sabah sebagai syurga makanan laut perlu dipertahankan kerana ia merupakan salah satu daya tarikan pelancong selain keindahan alam semulajadi yang dimiliki negeri ini.

“Langkah Kerajaan Negeri melarang pengeksportan ikan-ikan segar dan hidup amat dialu-alukan kerana pelancong asing dan juga rakyat Sabah berpeluang menikmati bekalan makanan laut yang segar”, tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Ocean City Seafood Jack Loh berkata restoran itu beroperasiv mulai 20 Disember 2016 dan kini menawarkan harga istimewa untuk hidangan ketam dan udang sehingga 15 Januari 2017.-AG

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming