GENERASI MUDA DIMINTA KEKALKAN WARISAN BUDAYA: JAPLIN
- Get link
- X
- Other Apps
|
KOITA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Japlin Akim menyeru semua masyarakat agar dapat mempertahankan keharmonian yang selama ini dikecapi agar kesinambungan warisan serta pembangunan terus terpelihara.
Beliau berkata Pesta Kaamatan itu merupakan landasan terbaik kepada semua pihak untuk menonjolkan aset kekayaan seni budaya masyarakat Kadazandusun.
“Warisan kebudayaan ini perlu dijaga sebaik mungkin kerana warisan ini mencerminkan identiti sesuatu kaum.
“Pesta Kaamatan bukan sahaja dapat mengekalkan kepelbagaian kebudayaan kaum masyarakat etnik di Sabah, tetapi juga dapat menggalakkan persefahaman budaya, meningkatkan keharmonian kaum dan memupuk semangat kerjasama antara kaum-kaum etnik negeri ini.
Jelas beliau semangat perpaduan dan kerjasama ini menjadi asas kukuh ke arah menjamin kestabilan dan kesinambungan perjuangan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat di daerah ini khususnya masyarakat Kampung Nahaba Kota Belud.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Pelancongan Kalangadanku di Kampung Nahaba Kota Belud semalam.
Menurutnya sesuai dengan tema pesta tahun ini ‘Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa’. generasi muda perlu memelihara budaya tradisional agar terus kekal menjadi warisan generasi akan datang.
“Adalah penting bagi kita untuk sentiasa bersatu padu, bekerjasama, menjaga semangat perpaduan dan persefahaman demi kecemerlangan dan kemajuan negara yang kita sayangi ini. Pesta Kaamatan ini memberi peluang anggota masyarakat mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya suku kaum masing-masing.
“Saya mengingatkan masyarakat di daerah ini khususnya generasi muda bahawa warisan budaya itu penting dijaga kerana menerusi program kebudayaan ianya dapat memupuk perpaduan rakyat di daerah ini,” katanya.
Japlin yang juga Ketua Penaja Bersatu Kota Belud berkata hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai wawasan dan matlamat yang telah ditetapkan.
Jelasnya semua masyarakat memainkan peranan mempertahankan keharmonian yang dikecapi negara selama ini supaya warisan serta pembangunan berkesinambungan dan terpelihara.
Beliau menaruh harapan yang tinggi agar majlis dan perayaan ini akan terus dihayati sebagai pemangkin kepada perpaduan dan kemajuan negara.
Ini jelas membuktikan tambah Japlin pepaduan serta keharmonian di kalangan kmasyarakat merupakan tolenrasi serta semangat persaudaraan mampu menyatupadukan semua masyarakat berbilang kaum negeri ini.-PR
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment