APS sokong cadangan KPN struktur semula ESSCOM

Paul Kadau

KOTA KINABALU: Naib Presiden Angkatan Perpaduan Sabah (APS) Paul Kadau sekali lagi mengulangi sokongannya terhadap cadangan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada baru baru ini untuk menstruktur dan menyususn semula ESSCOM merupakan suatu langkah yang baik.
“ Kita bimbang dengan pencapaian ESSCOM sebelum ini, kerana mengikut laporan bahawa mereka telah melaksanakan tugas rondaan ditempat tempat yang strategik...anehnya masih terdapat lagi kejadian kejadian penjenayah bolos dari kepungan petugas keselamatan diperbatasan.

“ Mungkin ada sebabnya tetapi rakyat tempatan tidak tahu puncanya
apatah lagi dikawasan daerah daerah dipedalaman...(oleh itu) kita juga
turut mencadangkan agar satu operasi bersepadu secara menyeluruh harus dilakukan dengan kerjasama Ketua Kampong, MPKK dan RELA.

“ Manakala di Pejabat Tanah didaerah daerah juga harus turut bersama
dengan operasi tersebut dengan memeriksa dokumen dokumen pemilik tanah kerana difahamkan terdapat penduduk tempatan menyewa tanah tanah milik mereka kepada orang asing secara senyap sebagai jambatan kepada mereka yang tidak berhak untuk menjadi penduduk dikawasan berkenaan,” katanya.

Paul berkata demikian ketika ditemubual Astro Awani bersama Presiden PCS Datuk Seri Bumburing di Studio Awani Kota Kinabalu. -pr

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming