APA tindakan parti Warisan terhadap kenyataan ketua wira Putatan Mohd Firdaus Diun


TENOM: Bekas Calon PKR tahun 2008 pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12) Parlimen Tenom Adris Taripin (pic) menolak reaksi Ketua Wira Warisan Putatan Mohd Firdaus Diun mengaitkan pergaduhan di beberapa buah lokasi di Sabah disebabkan penghinaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PTI) tidak tepat.
Adris berkata, difahamkan bahawa kes di Ranau itu bukan disebabkan
oleh isu sewaan tanah untuk menanam sayur pada awalnya, sebaliknya ia
dilakukan oleh pelaku jenayah dari PTI di situ dan bukannya petani
tempatan yang menanam sayur, tetapi mereka yang menjual rokok haram di Pekan Ranau, katanya.

“ Firdaus sendiri tidak memahami isu sebenar yang berlaku, misalnya,
apa  yang Firdaus ‘highlight’ dalam tulisannya yang cuba memutar
belitkan fakta kononnya PTI bertindak balas kepada penduduk tempatan
kerana menghina PTI.

“ Namun, untuk mengatakan hantaran komen penduduk tempatan ke media sosial tentang isu PTI adalah pembawa padah hingga menyebabkanbeberapa siri pergaduhan adalah palsu dan karut semata mata, dimana komen itu  adalah suatu yang biasa dan mereka berhak untuk bercakap,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Pada dasarnya, kita semua harus bersetuju bahawa polemik PTI di
Malaysia khususnya di Sabah sememangnya sukar untuk diselesaikan dalam masa yang singkat, walaupun  pelbagai keputusan dan persepakatan perlu diperhitungkan sebaiknya. Tetapi, dalam beberapa bulan ini kegiatan jenayah dalam kalangan PTI semakin serius, katanya.

“ Kita tidak perlu untuk membandingkan penglibatan jenayah PTI dengan
orang tempatan, itu luar konteks isu. Lalu, sesuai dengan peribahasa
Inggeris “every action comes with a consequences”. Maka, timbullah
pelbagai reaksi dari orang awam bahkan penulis Cybertrooper politik.

“ Itu adalah reaksi biasa daripada masyarakat lokal yang memang berhak
marah apabila anggota masyarakat mereka diganggu. Lagi lucu, kejadian
di kedua buah kawasan yang disebutkan Firdaus itu sendiri menunjukkan
aksi rigid dan ganas dimulakan oleh PTI bukan orang lokal,” katanya.

Sementara itu, mengenai isu wakil rakyat, Firdaus berkata, sepatutnya
wakil rakyat yang seharusnya membawa isu itu ke peringkat atasan,
diakui dan dipersetujui namun apakah ianya menjadi alasan untuk dia
mempertikaikan hantaran/posting masyarakat lokal di media sosial?,
tanya Adris.

Seperkara lagi, Firdaus dengan yakin berkata bahawa kerajaan belum
keluarkan kenyataan bahawa PTI ini akan menjejaskan keselamatan dalam negeri. Ini agak menghairankan kenapa pemimpin muda berjiwa besar macam Firdaus boleh terfikir untuk berhujah begini?

Tegas Adris, Firdaus perlu faham seterusnya melakukan semakan semula
berapa kali sudah pihak berkuasa semasa kerajaan sebelum ini keluarkan
kenyataan yang merisaukan tentang PATI, tetapi secara  tiba-tiba,
zaman kerajaan Parti Warisan memerintah dilihat semacam lemah dalam
mengurus isu PATI bahkan ia seolah olah lebih mesra PATI.

“ Di perenggan terakhir tulisan, Firdaus dengan angkuh mengingatkan
kepada ‘cybertrooper’ yang pada saya juga termasuk para marhaenis
tempatan Sabah untuk tidak menghina PATI, akibatnya mereka dan
keluarga akan mendapat bahaya!.

“ Wahai Ketua Wira Parti Warisan Putatan, saya cadangkan kamu tukar
nama gelaran ini kepada Ketua Wira PATI. Saya ingatkan kepada Firdaus
dan mereka  yang senada dengannya bahawa kita berbumbungkan langit
yang serupa, kita berpijak pada tanah yang sama. Tetapi, tanah ini
tanah anak lokal Sabah,” katanya.-pr


Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming