Sunday, June 30, 2019

PEMIMPIN BERSATU SABAH HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI BERSATU PERINGKAT NASIONAL

Hajiji (empat dari kiri) bersama kepimpinan BERSATU Sabah
bergambar kenang-kenangan di hadapan gerai Sabah di majlis itu.

KOTA KINABALU: Lebih 70 orang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri BERSATU Peringkat Nasional yang diadakan di Dewan Konvensyen MBI Desaku Kulim Hi-Tech Park, Kedah, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Rombongan pemimpin BERSATU Sabah diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman.

BERSATU Sabah turut berkesempatan mempamerkan gerai makanan dan kuih tradisi etnik suku kaum masyarakat Sabah di majlis itu.

Lebih 20 ribu orang menghadiri majlis rumah terbuka itu.-PR

SABAH BERSATU LEADERS ATTEND THE BERSATU NATIONAL-LEVEL HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE

Sabah BERSATU Chief, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,
(third from left) wishes Selamat Hari Raya
to Tun Dr Mahathir Mohamad when he visited
the Sabah stall during the event.

KOTA KINABALU: More than 70 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah leaders attended the BERSATU's National-level Hari Raya Aidilfitri event held at the Convention Hall of the Dewan Konvensyen MBI Desaku Kulim Hi-Tech Park in Kedah, last night.

Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad who is also BERSATU Chairman, BERSATU President, Tan Sri Muhyiddin Yassin, and Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, were also present.

The Sabah BERSATU leaders group was led by Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor who is also Sulaman State Assemblyman.

Sabah BERSATU also put up a  stall offering traditional cuisine of the various ethnic communities in Sabah during the event.

Over 20,000 people attended the open house event.-PR

RUMAH TERBUKA MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN : AZIZAH

Azizah merakam kenangan bersama tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka di Kampung Likas. Kelihatan Penaung USIA negeri Sabah Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah (tiga dari kanan) turut hadir.

KOTA KINABALU: Sudah menjadi amalan rakyat negara ini, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baharu Cina. Amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka.

Semalam lebih kurang 600 orang hadir rumah terbuka Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun di Jalan Kurol Melangi, Kampung Likas.

Menurutnya rumah terbuka dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan selain dapat untuk berkenal kenalan dengan lebih erat.

“Sambutan Aidilfitri sewajarnya mampu  menjadi jambatan bagi  mengeratkan lagi hubungan siratulrahim serta peluang bermaaf-maafan yang menjadi teras kepada keunikan kita masyarakat pelbagai kaum dan etnik.

“Sambutan hari raya perlu dimanfaatkan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan saling bermaafan dengan ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara. Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk orang ramai berkumpul bersama keluarga tercinta,” katanya.

Jelasnya amalan rumah terbuka sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka. Amalan ini sangat berperanan dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum di negeri ini.

Azizah yang juga Ketua Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah berkata sambutan Aidilfitri adalah salah satu daripada wadah terbaik untuk mempamerkan semangat persefahaman, keprihatinan, tolak ansur  dan saling menghormati dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia dalam konsep Malaysia Baharu.

“Tradisi mengadakan rumah terbuka perlu diteruskan kerana dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Kita patut berbangga kerana Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja disambut rakyat beragama Islam bahkan oleh semua rakyat negara ini. Malah, suasana muhibah dapat dirasakan melalui kunjungan sahabat handai, kaum keluarga serta rakan-rakan seperjuangan' katanya.

Tambah beliau, perpaduan rakyat di negeri ini yang utuh dapat membantu negara mengatasi apa jua cabaran dengan lebih mudah, manakala rumah terbuka wajar diteruskan mempunyai kebaikan tersendiri selain mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, jiran dan keluarga.

Hadir sama Penaung Wanita USIA Sabah Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah, mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak, mantan Pengarah Jasa Sabah, Datuk Abdul Manaf Lakariba, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Mohd Dahali Haji Matsin, ketua-ketua penaja Srikandi bahagian, pertubuhan bukan kerajaan, ahli jawatankuasa Usia Sabah serta sahabat handai dan kenalan daripada Kuala Lumpur.-PR


Saturday, June 29, 2019

BOLD STEPS NEEDED TO BETTER CONNECT WITH CHINA VIA BELT AND ROAD INITIATIVE

Dr Rafiq Idris


KOTA KINABALU: The Belt and Road Initiative (BRI) is a development initiative program adopted by the government of China involving infrastructure projects and investments over 50 countries in Asia, Europe, Africa, and the Americas. Belt refers to the land routes for rail and road transportation, called the Silk Road Economic Belt. Road refers to the sea routes or Maritime Silk Road.

According to  Dr. Rafiq Idris  an Economist, Senior Lecturer, Financial Economics Program, in the Faculty of Business, Economics and Accountancy, at Universiti Malaysia Sabah (UMS) the project has become a subject of interest in recent years including countries in the south east Asian region for the potential positive effects that it may bring.

In addition, this has also become a concern because some thought it may bring negative impact he said adding that this statement  expresses his view on how the belt and road initiative affects Sabah and how should we react to such project.

"China is a very important trading partner for Sabah where it becomes among Sabah’s main export destination. In 2018, export to China was reported to be amounting RM3,597,521,951 (Department of Statistics, Malaysia). Import was reported to be worth of RM2,133,719,352 (Department of Statistics, Malaysia)."


"Sabah’s main export products are those under the categories of animal and vegetable oils, and chemical and related products."

"In my opinion, this initiative is a connectivity project to link various countries with China. Many countries in Africa, Europe and even in Asia take a longer time to export (or import) products to reach China via maritime channel. It is longer when it involves land locked countries. As a result, transportation costs (including insurance cost) rises and this further increase the selling price when it reaches its destination," he elaborated.

According to Rafiq who is also Sabah Economic and Education Society chairman this project shall bring the landlocked countries of Central Asia closer to the sea and he believed  the project has the potential to affect Sabah and the region significantly.

"However, Sabah will not be affected that significant as compared
to those who have direct connectivity if there is no direct route to Sabah for the maritime silk road economic belt. It is going to be significant if there is a direct sea route to Sapangar port for instance."

The reason being, Sabah has always used the maritime channel to have trade links with China and not via road, he said adding that countries that will get more significant effects are countries that will have road connected to the belt road with China in the future and those that already or will have a direct sea connectivity with China where shipping vessels berth at those selected ports.

"It is significant because period to deliver products to or from China will be shorter and this will lower the transportation cost. This will add impetus towards greater bilateral trade between countries connected under the belt and road initiative."

The spirit behind this initiative at least for Malaysia, he opined, are enhancing connectivity, greater efficiency and stimulate growth.

Countries will trade as usual but this project shall cut the cost of transporting goods and services through connectivity and efficiency improvement, he stated.

In addition, Sabah or other states in the region can benefit indirectly also when it trades with other countries involved via China. For example, transportation cost will be cheaper if there is a road link with any land locked countries in Central Asia.

Prior to this, transportation cost might be too expensive due to land locked location of certain areas.

"What is the way forward for Sabah? In my opinion, Sabah should play more pro- active role in making sure Sapanggar port become a route for vessels from China or other countries to berth. This might be done at federal level by making Sapangar port as the transhipment hub for East Malaysia. Effort to attract shippingvliners from China and other countries to berth at Sapanggar Port should be intensified."

He said it is not necessarily to target only big shipping vessels to berth as Mid-size vessels are also good enough to increase cargo traffic inSabah.

"Moreover, to realize those being mentioned above, Sabah has to increase its volume in terms of export capacity. Road connectivity with states or provinces in Kalimantan should be ameliorated. With that only may be, Sabah can be a gateway for Borneo," he opined.

To become a transhipment hub at least for the BIMP-EAGA region, cargo consolidation talks have to be organized, even though it is not that easy to materialize.

To sum up, BRI initiative is a huge and beneficial connectivity project for the world. It has huge potential to increase efficiency, lowering trade costs and stimulating growth.

" It is imperative for the government at both state and federal levelcto play role in ensuring Sabah to be connected and directly involved in this global network project instead of just a minimal indirect effects or feeder vessels connection with main ports. It is hoped that Sabah will directly link with this project/program so
that the state can gain from it," he stated.-PR

AKIBAT KENYATAAN PEMIMPIN WARISAN TIDAK KONSISTEN, RAKYAT KELIRU DAN MARAH


KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) terkilan dengan penjelasan segelintir pemimpin Parti Warisan yang menafikan dakwaan kononnya Warisan tidak pernah berkata atau berjanji akan menghentikan projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED), namun penafian mereka masih kurang jelas kepada rakyat.

Naib Presidennya Paul Kadau (pic) berkata, sebagai buktinya , pemimpin Warisan harus turun padang dan tanya sendiri penduduk penduduk kampong terutamanya para pengundi DUN Tanjung Aru selain beberapa akhbar yang telah memaparkan kenyataan tersebut, katanya.

Projek TAED, yang dijangka menelan kos RM7.1 bilion atas dayausaha kerajaan terdahulu bertujuan untuk meningkatkan profil ekopelancongan Sabah, menarik pelaburan dan menangani masalah pencemaran dan hakisan yang kawasan Tanjung Aru telah dialaminya selama bertahun-tahun.



Dalam pada itu, portal berita free Malaysia Today (FMT) turut melaporkan bahawa Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah( Sepa) Lanash Thanda dipetik berkata, berdasarkan laporan media pada Febuari2017, Warisan akan menghentikan projek TAED itu dan ternyata janji itu tidak ditunaikannya sehingga sekarang.

Paul berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri SabahD DatukSeri Mohd Shafie Apdal pada baru baru ini berhubung dakwaans sesetengahpihak termasuk NGO bahawa beliau mungkir janjinya untukm menghentikanprojek TAED itu sebelum PRU14.

Selain itu, APS agak keliru malah tidak memahami rasional disebalikt tindakandan kenyataan segelintir pemimpin dalam Warisan yangk kelihatanseakan akan 'berlaku ketidak pastian' ketika membuat keputusan yang membuatkan rakyat menjadi bingung, kata Paul.

Misalnya, keputusan beberapa pemimpin yang membawa penyokong masing
masing membantah pembina projek empangan Koiduan (Koiduan Dam) dibawahk kerajaanterdahulu dengan alasan alasan tertentu, namun selepas mereka menang dan menjadi kerajaan projek tersebut dihidupkan semula dengan konsep yang sama.

“ Sebenarnya, kita juga melihat rasional kerajaan dahulu membinap projek empangan koiduan itu telah mengambilkira beberapa faktor yangd diperlukanuntuk memenuhi permintaan air yang tinggi pada masa akand datang...tetapi ia harus bebas daripada agenda politik supaya rakyat tidak silap perkiraannya.

“ Bagaimana pun, kecelaruan semakin rumit apabila pemimpin Warisan menggunapakai kenyataan yangs (digunakan kerajaan BN) untuk membina empangan  yang mendapat tentangan daripada penduduk berkenaan atasab nasihatpi pemimpintu ketika berada dalam pembangkang,” katanya kepadap pemberitap padaJumaat.

Sementara itu, Paul turut bertanya dengan Timbalan Presiden PartiW Warisan Datuk Darrel Leiking, bagaimanakah caranya atau alasan  AhliP ParlimenPenampang itu untuk memberi penjelasan kepada para penentangp pembinaanempangan Koiduan yang masih tidak berganjak dengan keputusanm mereka jelas Paul.

“ Inilah yang dikatakan didalam perumpamaan Melayu, terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padanya,” tambahnya.-PR


GENERASI MUDA DIMINTA KEKALKAN WARISAN BUDAYA: JAPLIN

  1. Japlin memukul gong tanda perasmian sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Nahaba di Dewan Pelancongan Kalangadanku, Kota Belud semalam.


KOITA BELUD: Ahli  Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Japlin Akim menyeru semua masyarakat agar dapat mempertahankan keharmonian yang selama ini dikecapi agar kesinambungan warisan serta pembangunan terus terpelihara.

Beliau berkata Pesta Kaamatan itu merupakan landasan terbaik kepada semua pihak untuk menonjolkan aset kekayaan seni budaya masyarakat Kadazandusun.

“Warisan kebudayaan ini perlu dijaga sebaik mungkin kerana warisan ini mencerminkan identiti sesuatu kaum.

“Pesta Kaamatan bukan sahaja dapat mengekalkan kepelbagaian kebudayaan kaum masyarakat etnik di Sabah, tetapi juga dapat menggalakkan persefahaman budaya, meningkatkan keharmonian kaum dan memupuk semangat kerjasama antara kaum-kaum etnik negeri ini.

Jelas beliau semangat perpaduan dan kerjasama ini menjadi asas kukuh ke arah menjamin kestabilan dan kesinambungan perjuangan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat di daerah ini khususnya masyarakat Kampung Nahaba Kota Belud.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Pelancongan Kalangadanku  di Kampung Nahaba Kota Belud semalam.

Menurutnya sesuai dengan tema pesta tahun ini ‘Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa’. generasi muda perlu memelihara budaya tradisional agar terus kekal menjadi warisan generasi akan datang.

“Adalah  penting  bagi  kita  untuk  sentiasa  bersatu padu, bekerjasama, menjaga semangat perpaduan dan persefahaman demi kecemerlangan dan kemajuan negara yang kita sayangi ini. Pesta Kaamatan ini memberi peluang anggota masyarakat mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya suku kaum masing-masing.

“Saya mengingatkan masyarakat di daerah ini khususnya generasi muda bahawa warisan budaya itu penting dijaga kerana menerusi program kebudayaan ianya dapat memupuk perpaduan rakyat di daerah ini,” katanya.

Japlin yang juga Ketua Penaja Bersatu Kota Belud berkata hubungan  harmoni  dan  kerjasama  antara  pelbagai  kaum  merupakan  kunci utama  untuk  menghadapi  pelbagai  ancaman  dan  cabaran  supaya  negara kita dapat mencapai wawasan dan matlamat yang telah ditetapkan.

Jelasnya semua masyarakat memainkan peranan mempertahankan keharmonian yang dikecapi negara selama ini supaya warisan serta pembangunan berkesinambungan dan terpelihara.

Beliau menaruh harapan yang tinggi agar majlis dan perayaan ini akan terus dihayati sebagai pemangkin kepada perpaduan dan kemajuan negara.

Ini jelas membuktikan tambah Japlin pepaduan serta keharmonian di kalangan kmasyarakat merupakan tolenrasi serta semangat persaudaraan mampu menyatupadukan semua masyarakat berbilang kaum negeri ini.-PR


Friday, June 28, 2019

PESTA MAGAHAU ZON K.K DILANCAR PADA 30.6.2019

Rejanah Bahanda (lima dari kiri) secara simbolik menyerahkan tajaan PMZKK
kepada Jonos di majlis itu sambil diperhatikan
oleh ahli jawatankuasa PMZKK yang lain

KOTA KINABALU: Perayaan masyarakat Rungus- Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu (PMZKK) 2019 akan diadakan pada 30 Jun 2019 di Dewan Mini Kampung Dato Tebobon, Menggatal, bermula jam 8.00 pagi.

Pengerusi penganjurnya, Encik Jonos Lingon berkata, semua persiapan telah dibuat bagi pelancaran pesta itu, tahun ini.

Beliau berkata, Zon Kota Kinabalu menjadi tuan rumah pelancaran Pesta Magahau 2019 yang akan diadakan di 7 Zon seluruh Sabah sehingga bulan Ogos 2019.

"Antara pengisian sambutan itu ialah sukan rakyat, Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM), Mitarab Monurizak (pertandingan nyanyian) dan lain-lain", katanya pada sidang media di pejabat Real Beauty Sdn.Bhd di Iramanis Centre, hari ini.

Real Beauty Sdn.Bhd yang diasaskan oleh Puan Rejanah Bahanda, seorang usahawan berbangsa Rungus telah menaja sepenuhnya keseluruhan kos sambutan PMZKK yang melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Inanam dan Putatan.

Jonos berkata, tujuan pesta itu diadakan bagi mengekal dan menonjolkan budaya dan tradisi suku kaum Rungus, agar dapat dijiwai dan diwarisi oleh masyarakat Rungus itu sendirinya dan juga rakyat pelbagai kaum di  negeri ini.

Menurutnya, PMZKK akan dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM)  Inanam, Encik Abdul Latif Mopuas.

Seramai 13 peserta akan bersaing merebut gelaran ratu dalam MGM. Johan MGM akan menerima hadiah wang tunai RM1000, trofi dan hadiah lain. Sementara Naib Johan dan  tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM500, trofi dan hadiah iringan lain.

Pemenang johan, naib johan dan tempat ketiga MGM akan mewakili zon Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri.

Sementara itu, seramai 10 peserta akan bertanding di peringkat akhir Monurizak (nyanyian). Johan akan menerima hadiah wang tunai RM700, piala dan hamper. Sementara naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah RM500 dan RM300 berserta piala dan hamper.

Ketiga-tiga pemenang Monurizak juga akan mewakili zon Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri.
Jonos (tiga dari kanan) bersama Rejanah (tiga dari kiri) pada
sidang media sambutan PMZKK


Sementara itu Puan Rejanah Bahanda berkata, Real Beauty menaja keseluruhan kos sambutam PMZKK bernilai kira-kira RM20 ribu.

Katanya, ini merupakan kali pertama syarikatnya menaja sepenuhnya kos sambutan PMZKK.

"Kita terpanggil untuk menaja sepenuhnya pesta itu atas kesedaran sambutan sesuatu perayaan suku kaum memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Sebagai seorang usahawan suku kaum Rungus, sekiranya bukan kita yang tampil  menyokong dan membantu, siapa lagi yang akan membantu", katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Real Beauty.

Menurutnya, Real Beauty juga akan membantu dan menaja hadiah berupa produk kecantikan untuk Pesta Magahau Peringkat Negeri Sabah 2019.-PR

Thursday, June 27, 2019

SABAH DAN KALIMANTAN PENGGERAK EKONOMI

Bapak Krishna Djelani menyampaikan cendera kenangan
dengan Datuk Syed Abas Syed Ali.


KOTA KINABALU: Daerah Tawau, Sabah dan Kalimantan mampu dibangun sebagai penggerak ekonomi kedua-dua wilayah.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali berkata kedudukan Sabah khususnya Tawau, Sabah yang terletak berhampiran Kalimantan Utara mempunyai pelbagai potensi ekonomi untuk meningkat ekonomi penduduk di situ.

Beliau berkata kawasan Serundung di Tawau dan di Kalimantan adalah strategik dijadikan zon ekonomi sebagai inisiatif awal menyokong sektor perdagangan.

Katanya, lokasi Tawau yang strategik iaitu berhampiran dengan sempadan Indonesia harus dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan lagi ekonomi perdagangan di kedua-dua negara.

“Dengan adanya jaringan Lebuhraya Pan Borneo, ianya bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya bahkan ia turut memberi impak kepadapertumbuhan ekonomi masyarakat.

“Amat wajar kerajaan mengambil pendekatan awal dengan mewujudkan zon ekonomi bagi menggalakkan perdagangan di antara Tawau dan Kalimantan Utara yang secara tidak langsung turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Konsul Jenderal Repubulik Indonesia di Kota Kinabalu Bapak Krishna Djelani di Bangunan Dun Sabah semalam.

Hadir sama Setiausaha Sulit kepada Speaker Dun Sabah, Sainin Mirin dan Staf Teknis Imigrasi Konsul Jenderal Republik Kota Kinabalu (KJRKK), Mohd Soleh Abdul Rahim.

Menurut Syed Abas, berikutan kekangan dan masalah sistem barter di perairan pantai timur Sabah, Kalimantan menjadi antara jalan penyelesaian terbaik dalam menjalin lebih banyak kerjasama ekonomi serantau.

“Satu kaedah baharu harus diterokai bagi memastikan Tawau terus berkembang maju. Berikutan terdapat kekangan untuk menjalankan perdagangan di laut sehingga menjejaskan sesetengah perniagaan, pembukaan laluan darat harus diberi pertimbangan demi menjamin pertumbuhan ekonomi di Tawau.

Justeru, beliau turut yakin di kedua-dua sempadan adalah langkah tepat yang harus dilaksanakan segera bagi memastikan Sabah lebih ke hadapan selari dengan peredaran ekonomi semasa.

Sementara itu, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Krishna Djelani berkata negara Indonesia sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Sabah, di samping mengeratkan hubungan dua hala melalui pelbagai potensi yang boleh diterokai bagi memenuhi permintaan penduduk di Kalimantan.

Katanya inisiatif yang amat baik kerana ia bukan sahaja mewujudkan suasana kerjasama berkesan tetapi turut memajukan ekonomi pihak yang terlibat.

Tambah beliau, negeri Sabah amat bertuah kerana mempunyai dua Konsulat Jeneral Indonesia yang terletak di Tawau dan Kota Kinabalu.

Jelasnya, Konsulat akan bekerjasama dengan kerajaan dan mengeratkan lagi persahabatan khususnya dalam aspek sosial, ekonomi dan budaya.

“Selain memupuk hubungan silaturahim antara Sabah, Malaysia dan Indonesia, malah dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua buah negara. Ini amat penting bagi memastikan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan sentiasa kukuh dan erat di samping rakyat kedua-dua buah negara terus hidup dalam suasana aman dan harmoni,” tambah beliau.-PR


Wednesday, June 26, 2019

KPLB SABAH TEKAD PASTIKAN TIADA DAERAH TERPENCIL TERPINGGIR

 
Ewon bergambar bersama para penari Tombonuo daripada Pitas.

PAITAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah bertekad memastikan tiada daerah terpencil luar bandar di negeri ini terpinggir dalam arus pembangunan.

Sehubungan itu Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program turun padang beliau ke kampung-kampung terpencil di kawasan pedalaman dapat memberikan gambaran sebenar keadaan kampung berkenaan dan membantunya dalam menyediakan bajet kementerian itu.

“Kita mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dicapai, sebab itu saya datang bukan sekadar meraikan sambutan Kaamatan Raya di Kampung Abuan tetapi mengingatkan saya betapa besarnya tanggungjawab kita untuk melihat keseluruhan luar bandar Sabah.

“Antara kawasan yang menjadi perhatian kita ialah Daerah Kecil Paitan yang tersenarai antara daerah termiskin di Sabah tanpa membelakangkan daerah-daerah lain. Oleh itu semua hasil dapatan daripada lawatan ini termasuk Kg.Abuan dan Tagapalang di daerah Kecil Paitan akan saya gunakan sebagi input untuk mengemukakan syor supaya diwujudkan bajet baru di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Raya Kampung Abuan Mukim Lingkabau, Paitan, di sini, pada Isnin.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk kampung termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air.

Katanya, tahun ini KPLB Sabah hanya diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta untuk Projek Pembangunan Kecil yang diagih-agihkan kepada 36 daerah penuh dan daerah kecil.

Selain itu katanya, KPLB Sabah juga mempunyai peruntukan RM2.1 juta untuk Pembangunan Usahawan Desa, RM1.17 juta (Satu Daerah Satu Produk) dan RM867,000 (Program Kampung Sejahtera) tahun ini.

“Peruntukan untuk Program Kampung Sejahtera juga agak kecil kerana kita mempunyai 55 Kampung Sejahtera seluruh Sabah dan masih banyak cadangan kampung untuk dimasukkan dalam program itu termasuk dua kampung di Mukim Lingkabau,” katanya.

Ewon berkata, dari segi pembasmian kemiskinan, KPLB Sabah mempunyai RM14 juta untuk membangunkan Mini Estate Sejahtera (Mesej).

“Dengan jumlah seperti ini, tidak banyak yang kita dapat bantu masyarakat luar bandar, sebab itu dalam satu tahun kita menjelajah Sabah, saya dapati kita memerlukan peruntukan yang lebih besar daripada itu,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pada tahun depan kerajaan persekutuan mempunyai peruntukan khas untuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Alternatif untuk kampung-kampung yang jauh daripada capaian sistem grid SESB dan Jabatan Air.

“Di peringkat kerajaan negeri pula, ada beberapa program atau projek baru yang harus dibajetkan iaitu Projek Utiliti Khas Luar Bandar. Ia juga bertujuan untuk membantu menyediakan keperluan khas bagi kampung-kampung yang jauh dari capaian Jabatan Air dan SESB,” katanya.

Ewon turut berharap Pejabat Daerah Kecil Paitan dapat menghubungi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembinaan telaga dan projek pembangunan berkaitan sumber air bawah tanah yang dilaksanakan jabatan itu seterusnya membolehkan jabatan berkenaan melaksanakan kajian sama ada Kg Abuan mempunyai sumber air bawah tanah untuk dijadikan bekalan air bersih.

“Kita boleh menggunakan kepakaran dan teknologi yang diperkenalkan oleh JMG Sabah untuk membekalkan air bersih di kampung-kampung yang jauh daripada capaian Jabatan Air.

“Oleh itu saya berharap KPLB Sabah dapat bekerjasama dengan JMG Sabah untuk membantu menyediakan bekalan air bersih di kawasan luar bandar,” katanya.

Mengenai bekalan elektrik, beliau berkata mana-mana kampung yang jauh dari capaian Grid SESB tetapi mempunyai anak sungai atau sungai, ia boleh ditukar kepada tenaga (hidroelektrik).

Selain melawat Kampung Abuan, Ewon dan rombongan turut melawat beberapa buah kampung di daerah kecil Paitan termasuk kampung-kampung di Mukim Tangkarason dan merasmikan Majlis Kaamatan Raya SMK Pinggan-Pinggan Pitas.

Turut menyertai lawatan itu Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Aftar Nurajat dan Setiausaha Perhubungan Awam Menteri Charles Dalansing.-pr

 


Monday, June 24, 2019

Matbali rasmi majlis makan malam amal PSKKS

Matbali (empat dari kanan) bersama Helen (lima dari kanan) dan tetamu lain memotong kek ulang tahun di majlis itu.

SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Musah telah merasmikan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sukarelawan Kanser dan Kemasyarakatan Sipitang (PSKKS) di Tai Pan Restaurant SFI Motel Sipitang, dekat sini, malam Sabtu lalu.

Majlis makan malam  amal itu diadakan bagi mengutip dana untuk tabung PSKKS bagi membiayai program dan aktiviti persatuan itu.

Turut hadir ialah Presiden PSKKS, Puan Helen Morris, pemimpin BERSATU Bahagian Sipitang dan dermawan.

Matbali yang juga Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Sipitang turut memuji PSKKS kerana berjaya menganjurkan majlis makan malam amal bagi mengutip dana untuk tabung persatuan itu.

Terdahulu, Presiden PSKKS,  Puan Helen dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menyokong majlis makan malam amal itu, khususnya Matbali yang sudi merasmikan majlis itu.-pr

Uda Sulai antara tetamu rumah terbuka aidilfitri Arsit Sedi


PEMBANTU Menteri Kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Haji Uda Sulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, merupakan antara ribuan tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Putatan, Datuk Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi di kediamannya di Kg.Sedomon, Petagas.

Turut hadir di majlis itu ialah isteri Arsit, Datin Seri Hajah Zairenah Irene Siyu,  Ketua Penaja Srikandi Bersatu Bahagian Putatan, Puan Salma Said, Ketua Penaja Armada Bersatu Bahagian Putatan, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit, pemimpin Bersatu Bahagian Putatan dan rakyat pelbagai kaum.

Kelihatan dalam gambar, Uda (lima dari kiri) bersama Arsit (enam dari kiri), Zairenah (dua dari kanan), Salma (kanan), Mohd.Isquzawan (dua dari kiri) dan tetamu lain di majlis rumah terbuka itu.-pr

Jenayah rentas sempadan tangguhkan perdagangan barter-Pemuda UMNO Sabah

Abdul Aziz Julkarnain

KOTA KINABALU: Kejadian penculikan yang berlaku baru-baru ini di perairan Sabah sepatutnya menjadi 'wake up call' kepada seluruh rakyat Sabah untuk mendesak kerajaan negeri agar menghentikan segala polisi-polisi mereka yang sama sekali tidak menguntungkan negeri ini dan penduduknya, kata Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain.

Katanya,  mutakhir ini, jenayah rentas sempadan semakin menjadi-jadi terutamanya ketika pemerintahan kerajaan Warisan-Pakatan Harapan (PH).

"Keadaan ini cukup membimbangkan penduduk Sabah terhadap keselamatan mereka terutamanya apabila kerajaan negeri,  suka untuk melaksanakan polisi-polisi yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk negeri ini", dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Kita masih tidak lupa apabila antara polisi pertama kerajaan Warisan-PH  ialah mencadangkan penarikan balik pengharaman penggunaan bot pam di negeri ini. 

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu telah menguatkuasakan pengharaman penggunaan bot pam sejak April 2016 bagi meningkatkan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)", tegasnya.

Menurut Abd.Aziz,  rakyat Sabah telah bersatu hati membantah keputusan penarikan balik tersebut kerana khuatir ianya akan menyebabkan keselamatan perairan negeri akan terjejas jika terus dilaksanakan.

Menurut beliau, akhirnya kerajaan telah beralah dan menangguhkan penggunaan bot pam di negeri ini sehingga mereka menemukan mekanisme yang terbaik untuk melaksanakannya.

"Begitu juga dengan isu perdagangan barter antara Sabah dan Filipina yang telah dibuka semula oleh kerajaan setelah digantung sejak tahun 2016 lagi oleh kerajaan BN terdahulu kerana isu yang sama iaitu keselamatan", tegasnya.

Beliau menegasnya, Pemuda UMNO Sabah sebelum ini telah membantah penarikan balik penggantungan perdagangan barter tersebut dan telah memperingatkan kerajaan negeri berkali-kali bahawa isu keselamatan memainkan peranan penting untuk menjaga dan memelihara industri pelancongan serta sektor yang berkaitan dengannya.

Sebagai rekod katanya, industri pelancongan dan sektor berkaitan dengannya merupakan sumber utama pendapatan negeri dengan hasil dagangan melebihi RM7.7 billion sebelum ini. 

"Sekiranya, jenayah rentas sempadan seperti 'kidnap for ransom' menjadi-jadi kerana pelaksanaan semula perdagangan barter tersebut, maka industri pelancongan kita juga akan turut terjejas kerana pelancong takut untuk datang lagi ke negeri ini.

"Kita tidak mahu pelancong takut datang ke negeri ini seperti yang berlaku ketika peristiwa pencerobohan Tanduo. Ketika itu industri pelancongan kita terjejas teruk. Tempahan hotel-hotel jatuh merundum. Operator-operator pelancongan, bas, agensi-agensi pelancong dan sebagainya mengeluh kerana pendapatan mereka terjejas teruk", katanya.

Abdul Aziz berkata, " kita tidak mahu pelancong takut datang melawat ke negeri ini. Jika ini berlaku maka perniagaan-perniagaan kita akan turut terjejas dan pekerja-pekerja kita yang majoritinya orang tempatan akan mulai hilang pekerjaan".

"Kuasa membeli  rakyat pun akan terkesan. Manakala, kerajaan negeri pula akan turut kehilangan berbillion-billion ringgit sumber pendapatan negeri.

"Apabila pendapatan negeri berkurang,  Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita juga akan jatuh merundum. Kerajaan akan gagal mengekalkan rekod KDNK terbaik negeri di seluruh negara iaitu sebanyak 8.2% sewaktu era pentadbiran BN dahulu. 

"Apabila ini berlaku, rating kita juga akan jatuh. Para pelabur kewangan juga akan hilang keyakinan untuk melabur. Yang mahu melabur tidak jadi melabur. Yang sudah melabur, akan keluarkan pelaburan mereka pula", tambahnya.

Serentak itu, Pemuda UMNO Sabah sekali lagi menyeru kepada kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal agar memberi pertimbangan sewajarnya untuk menangguhkan pelaksanaan perdagangan barter sehingga jenayah rentas sempadan ini dapat diatasi sepenuhnya demi kebaikan dan kemakmuran berpanjangan di negeri ini.-pr

BERSATU daftar ahli sahih, bukan semberono

Arsit (tengah) bersalam dengan tetamu yang menghadiri rumah terbuka beliau. 

PUTATAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mendaftar ahli baharu secara semberono sebaliknya hanya individu yang mempunyai dokumen dan bukan ahli mana-mana parti lain akan diterima menyertainya.

Ketua Penaja Bersatu Bahagian Putatan, Datuk Seri Dr. Arsit Sedi berkata, bagi bekas ahli mana-mana parti yang mahu menyertai Bersatu pula, mereka perlu membuktikan telah melepaskan keahlian selama sebulan sekurang-kuranya sebelum mendaftar ke dalam Bersatu.

Katanya, langkah itu diambil untuk memastikan tiada mana-mana parti lain terutama daripada komponen kerajaan yang mendakwa ahli mereka dirampas serta memastikan sokongan kepada Bersatu adalah tulen.

"Dulu kalau mahu daftar parti cuma minta nombor kad pengenalan tetapi sekarang kami syaratkan mereka sertakan salinan dokumen itu bersama borang keahlian jika tidak permohonan ditolak.

"Ini adalah antara pesanan daripada kepimpinan pusat kepada kami untuk memastikan Bersatu mempunyai penyokong yang tulen serta tidak bersengketa dengan parti lain," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka aidilfitri di kediamannya di Kampung Sedomon, Petagas, semalam.

Antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka itu ialah Pembantu Menteri Kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Haji Uda Sulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas.

Turut hadir di majlis itu ialah isteri Arsit, Datin Seri Hajah Zairenah Irene Siyu,  Ketua Penaja Srikandi Bersatu Bahagian Putatan, Puan Salma Said, Ketua Penaja Armada Bersatu Bahagian Putatan, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit, pemimpin Bersatu Bahagian Putatan dan rakyat pelbagai kaum.

Menurut Arsit, Bersatu Putatan kini mempunyai kira-kira 3,000 ahli di 16 pusat daerah mengundi sejak ditubuhkan pada April lalu.

Katanya, sebanyak 16 cawangan Bersatu juga telah ditubuhkan di Putatan dengan sasaran 150 orang ahli setiap cawangan.

"Di Sabah kita sasarkan sebanyak 200,000 ahli berdaftar dengan Bersatu, justeru kami yakin ahli-ahli baharu akan turut datang daripada parti lain tetapi mereka perlu menepati syarat yang ditetapkan terlebih dahulu," katanya.

Tambahnya, menjelang pemilihan sulung Bersatu Sabah Oktober nanti, beliau mengakui beberapa pihak dijangka tampil untuk merebut jawatan yang ditawarkan namun keadaannya terkawal.

"Kami menaruh kepercayaan kepada Ketua Penaja Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor untuk menguruskan perkara ini demi kekuatan parti," ujar beliau.-pr

Sunday, June 23, 2019

Motif politik atau perlakuan professional

Ir. Abdul Aziz Julkarnain
Ketua Pemuda UMNO Sabah

Kenyataan Akhbar Pemuda UMNO Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

https://www.sinarharian.com.my/article/33633/BERITA/Nasional/SPRM-dedah-41-penama-penerima-wang-1MDB

Tindakan pertama Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ini dilihat berunsurkan politik dan selektif. Ianya memang sudah dijangkakan sebelum ini oleh pelbagai pihak yang mempersoalkan pelantikan beliau kepada jawatan tersebut sebelum ini.

Menurut beliau, pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi responden kepada permohonan tersebut yang melibatkan jumlah wang sebanyak hampir RM270 juta. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya melibatkan responden-responden di kalangan parti-parti pembangkang.

Malangnya pihak SPRM telah bersikap tidak professional dan berat sebelah apabila mengecualikan parti kerajaan seperti UPKO daripada senarai responden yang menerima dana daripada sumber 1MDB seperti yang didakwa sebelum ini.Sebagai institusi penting yang diharapkan mempunyai integriti yang tinggi, SPRM seharusnya tidak mengambil tindakan selektif seperti ini yang akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada institusi tersebut.

http://www.dailyexpress.com.my/news/134645/upko-hasrat-pulangkan-wang-rm1-juta-/

Yang menghairankan Latheefa kelihatan cukup tergesa-gesa untuk memfailkan permohonan lucut hak walhal Peguam Negara Tommy Thomas  sendiri pula belum bersedia untuk meneruskan pendakwaan 1MDB di mahkamah apabila beliau memohon berulang kali daripada mahkamah untuk menangguhkan proses pendakwaan sebanyak dua kali dengan alasan ingin menumpukan kes-kes SRC yang sedang berlangsung.

Untuk makluman, sebelum ini Hakim Collin Lawrence telah menolak permohonan penangguhan kali kedua atas nama kepentingan awam, namun pihak pendakwaan masih berkeras agar kes tersebut ditunda juga. Akhirnya, hakim tersebut membenarkan permohonan tersebut tetapi dengan amaran agar tidak ada lagi penangguhan kali ketiga. Malangnya, amaran hakim tersebut hanya tinggal amaran apabila Tommy sekali lagi memohon penangguhan buat kali ketiga.

http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/bicara-kes-1mdb-tangguh-kali-kedua-1.893072

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/21/peguam-negara-mohon-tangguh-kes-1mdb-najib-ke-oktober/

Ini bermakna SPRM  telah menyiasat selama satu tahun, namun mereka masih gagal mendakwa sebarang penerima atau responden dengan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan PH melalui bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selaku KP SPRM terpaksa menggunakan saman sivil untuk proses lucut hak ini.

Persoalannya mengapa kerajaan PH tergesa-gesa memohon lucut hak ke atas wang-wang daripada 41 responden (tidak termasuk wang yang diterima UPKO) walhal pada masa yang sama kes pendakwaan 1MDB di mahkamah acap kali ditangguh oleh Peguam Negara? Adakah ini berkaitan dengan ura-ura akan berlaku pembubaran parlimen pada bila-bila masa disebabkan video seks luar tabi'e yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan persekutuan? 

Justeru, Pemuda UMNO Sabah menggesa agar Latheefa menjaga nama baik, mengekalkan integriti dan profesionalisme institusi SPRM dengan membuktikan kesungguhan dan mengotakan janji beliau untuk membersihkan Malaysia daripada rasuah tanpa dipengaruhi motif-motif politik oleh sang pemerintah. Beliau haruslah mempercepatkan dan membuka kembali kertas siasatan kes berprofil tinggi melibatkan rakan-rakan pimpinan PH beliau yang 'disenyapkan'. Ini termasuklah:mendakwa kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan:

(1) Kes rasuah dan salah gunakuasa di dalam projek Terowong Bawah Laut yang melibatkan YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

(2) Kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi KKLW di Sabah antara 2009 hingga 2015 yang melibatkan YAB Datuk Seri Shafie Apdal sewaktu beliau menjadi Menteri KKLW.

(3) Kes berkaitan dakwaan pembelian undi di dalam pemilihan Parti Warisan Sabah yang lepas.

(4) Kes pembelian Banglo yang mencurigakan melibatkan YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Perniagaan Pang Li Khoon. 

(5) Kes berkaitan kejanggalan senarai keanggotaan parti serta dakwaan pembelian undi di dalam pemilihan PKR yang lepas.

(6) Kes rasuah berkaitan pembelian Merdeka Palace Kuching Sarawak oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Zahid Mat Arif sewaktu beliau menjadi Pegawai Khas Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA.

(7) Kes penerimaan wang sejumlah RM800,000 dari 12 kontraktor melibatkan Mohd Azhar Che Mat Dali, Setiausaha Politik YB Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu.

(8) Kes memonopoli kontrak perolehan Kementerian oleh anak kepada Menteri Perlancongan, Seni dan Kebudayaan, YB Datuk Muhammadin Ketapi.

(9) Kes terbaharu yang didedahkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Syukri Abdull di dalam mesyuarat yang melibatkan Menteri-Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian yang dipengerusikan Perdana Menteri berkenaan arahan seorang Menteri Kabinet terhadap penerima kontrak kerajaan untuk menyalurkan dana kepada parti tertentu dengan ugutan untuk menarik balik kontrak jika gagal melakukannya. 

Setakat hari ini, ironinya maklumbalas yang diterima dari SPRM mengenai kes-kes di atas sama ada 'masih dalam siasatan' atau 'tiada tindakan lanjut' seolah-olah 'disenyapkan'. 

Oleh yang demikian, bagi membuktikan kewibawaan dan integriti bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Pemuda UMNO Sabah mendesak supaya 9 kes di atas dapat disegerakan tindakannya dan didedahkan statusnya kepada rakyat!-pr

Ramlee desak ESSCOM distruktur semula

Datuk Ramlee Marhaban


KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban mendesak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) distruktur semula ekoran insiden penculikan nelayan di Lahad Datu pada 18 Jun lalu. 

Menurut beliau, kejadian di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) itu jelas menunjukkan pihak ESSCOM gagal menjamin keselamatan di kawasan berkenaan daripada aktiviti jenayah khususnya penculikan membabitkan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Katanya, adalah suatu yang memalukan selepas enam tahun ESSCOM beroperasi kejadian seperti itu masih berlaku yang membayangkan bahawa masih wujud banyak kelemahan kepada pihak berkenaan termasuk kekurangan peruntukan daripada kerajaan.

“Berasaskan kepada kejadian terbaru penculikan di kawasan ESSZONE, penstrukturan semula ESSCOM perlu disegerakan, dan menerusi penstrukturan tersebut, kuasa sepenuhnya perlu diberikan pada pasukan polis, maritim dan pasukan gerak am.

“Mereka ini mempunyai kuasa menangkap, menyiasat dan mendakwa, manakala pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  perlu menyokong dari segi aset keselamatan termasuk radar,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian penculikan 10 nelayan yang merupakan kru dua buah bot nelayan sama ada di perairan negara atau di perairan antarabangsa. Kejadian dipercayai dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut Ramlee lagi, menerusi penstrukturan semula tersebut, bidang kuasa masing-masing perlu diselaraskan dengan baik supaya tidak berlaku pertindihan tugas atau bidang kuasa.

“Kelemahan pada ESSZONE yang sudah beroperasi selama 6 tahun bagi mengawal aktiviti jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan sebagainya ini kerana tidak jelasnya bidang kuasa masing-masing. Kelemahan ini yang diambil peluang oleh penjenayah yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan jenayah.

“Kita melihat jumlah aset dan anggota keselamatan yang ditempatkan di kawasan ESSZONE sebenarnya lebih daripada cukup, kelemahan hanya kerana adanya pertindihan kuasa atau tugas. Menerusi pertindihan tersebut, maka secara tidak langsung berlaku seperti kata peribahasa seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan yang menjadi mangsa adalah rakyat serta penduduk tempatan,” ujarnya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai kekurangan peruntukan kewangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan penyelenggaraan aset-aset tentera dan ESSCOM sekali gus menjejaskan keupayaan kawalan keselamatan.

Bekas Pembantu Menteri Kewangan itu juga berkata, beliau menyokong penuh  kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal agar ESSCOM distruktur dengan segera, khususnya yang berkaitan dengan ‘chain of command’ bagi mengelak kes penculikan rentas sempadan tidak berulang.

“Kita sudah penat mendengar berbagai alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa setiap kali berlakunya jenayah penculikan di kawasan ESSZONE. Bukan sedikit perbelanjaan digunakan sejak penubuhan ESSCOM semata-mata untuk menjaga kawasan itu.

“Wilayah ESSZONE, bukan sahaja kawasan aktiviti ekonomi akan tetapi wilayah yang ramai penduduk, selain merupakan lokasi tumpuan pelancongan seperti Pulau Sipadan,” tegasnya.

Ramlee berkata, ekoran penculikan berkenaan, rakyat di Timur Sabah mempersoalkan jaminan keselamatan mereka meskipun berbagai aset, jumlah anggota keselamatan termasuk disokong oleh persenjataan canggih ditempatkan di kawasan ESSZONE.-pr

APA tindakan parti Warisan terhadap kenyataan ketua wira Putatan Mohd Firdaus Diun


TENOM: Bekas Calon PKR tahun 2008 pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12) Parlimen Tenom Adris Taripin (pic) menolak reaksi Ketua Wira Warisan Putatan Mohd Firdaus Diun mengaitkan pergaduhan di beberapa buah lokasi di Sabah disebabkan penghinaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PTI) tidak tepat.
Adris berkata, difahamkan bahawa kes di Ranau itu bukan disebabkan
oleh isu sewaan tanah untuk menanam sayur pada awalnya, sebaliknya ia
dilakukan oleh pelaku jenayah dari PTI di situ dan bukannya petani
tempatan yang menanam sayur, tetapi mereka yang menjual rokok haram di Pekan Ranau, katanya.

“ Firdaus sendiri tidak memahami isu sebenar yang berlaku, misalnya,
apa  yang Firdaus ‘highlight’ dalam tulisannya yang cuba memutar
belitkan fakta kononnya PTI bertindak balas kepada penduduk tempatan
kerana menghina PTI.

“ Namun, untuk mengatakan hantaran komen penduduk tempatan ke media sosial tentang isu PTI adalah pembawa padah hingga menyebabkanbeberapa siri pergaduhan adalah palsu dan karut semata mata, dimana komen itu  adalah suatu yang biasa dan mereka berhak untuk bercakap,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Pada dasarnya, kita semua harus bersetuju bahawa polemik PTI di
Malaysia khususnya di Sabah sememangnya sukar untuk diselesaikan dalam masa yang singkat, walaupun  pelbagai keputusan dan persepakatan perlu diperhitungkan sebaiknya. Tetapi, dalam beberapa bulan ini kegiatan jenayah dalam kalangan PTI semakin serius, katanya.

“ Kita tidak perlu untuk membandingkan penglibatan jenayah PTI dengan
orang tempatan, itu luar konteks isu. Lalu, sesuai dengan peribahasa
Inggeris “every action comes with a consequences”. Maka, timbullah
pelbagai reaksi dari orang awam bahkan penulis Cybertrooper politik.

“ Itu adalah reaksi biasa daripada masyarakat lokal yang memang berhak
marah apabila anggota masyarakat mereka diganggu. Lagi lucu, kejadian
di kedua buah kawasan yang disebutkan Firdaus itu sendiri menunjukkan
aksi rigid dan ganas dimulakan oleh PTI bukan orang lokal,” katanya.

Sementara itu, mengenai isu wakil rakyat, Firdaus berkata, sepatutnya
wakil rakyat yang seharusnya membawa isu itu ke peringkat atasan,
diakui dan dipersetujui namun apakah ianya menjadi alasan untuk dia
mempertikaikan hantaran/posting masyarakat lokal di media sosial?,
tanya Adris.

Seperkara lagi, Firdaus dengan yakin berkata bahawa kerajaan belum
keluarkan kenyataan bahawa PTI ini akan menjejaskan keselamatan dalam negeri. Ini agak menghairankan kenapa pemimpin muda berjiwa besar macam Firdaus boleh terfikir untuk berhujah begini?

Tegas Adris, Firdaus perlu faham seterusnya melakukan semakan semula
berapa kali sudah pihak berkuasa semasa kerajaan sebelum ini keluarkan
kenyataan yang merisaukan tentang PATI, tetapi secara  tiba-tiba,
zaman kerajaan Parti Warisan memerintah dilihat semacam lemah dalam
mengurus isu PATI bahkan ia seolah olah lebih mesra PATI.

“ Di perenggan terakhir tulisan, Firdaus dengan angkuh mengingatkan
kepada ‘cybertrooper’ yang pada saya juga termasuk para marhaenis
tempatan Sabah untuk tidak menghina PATI, akibatnya mereka dan
keluarga akan mendapat bahaya!.

“ Wahai Ketua Wira Parti Warisan Putatan, saya cadangkan kamu tukar
nama gelaran ini kepada Ketua Wira PATI. Saya ingatkan kepada Firdaus
dan mereka  yang senada dengannya bahawa kita berbumbungkan langit
yang serupa, kita berpijak pada tanah yang sama. Tetapi, tanah ini
tanah anak lokal Sabah,” katanya.-pr