Bengkel memeperhalusi pegisian 'Pesta Magahau' diadakan

 Ketua Daerah Matunggong,
OKK Makinsos Nawai.
MATUNGGONG: Seramai 36 peserta telah menyertai Bengkel Khas Memperhalusi Pengisian “Pesta Magahau” yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Matunggong, baru-baru ini.

Bengkel itu dianjurkan oleh Mahkamah Anak Negeri Matunggong dan dipengerusikan oleh Ketua Daerah Matunggong, OKK Makinsos Nawai.

Peserta bengkel terdiri daripada Ketua-Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung, wakil-wakil persatuan Rungus, pertubuhan keagamaan,10 orang tokoh adat dan  pemimpin masyarakat Rungus.

Bengkel ini merupakan sambungan kepada bengkel pertama yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 (Konvensyen Undang- Undang Adat Matunggong 2009).

Bengkel itu bertujuan untuk memurni dan memperhalusi acara-acara dan pengisian Pesta Magahau agar iannya selaras dan mengikut adat dan ketetapan yang telah dibuat dan dipersetujui oleh pihak Mahkamah Anak Negeri dan tokoh2 adat Rungus sebelum ini.

Antara agenda yang hangat diperbincangkan ialah kontroversi dan salah faham sesetengah pihak mengenai sebahagian acara yang kononnya berbentuk “ritual” yang kononnya dilaksanakan atau dimasukkan dalam Pesta Magahau sebelum ini.

Setelah diperhalusi dan dikaji , tidak wujud sama sekali acara2 pemujaan atau “ritual” yang mirip kepada pemujaan. Iannya hanyalah salah faham dan ketidakfahaman sesetengah pihak yang tidak pernah buat kajian atau menghadiri acara-acara yang dilaksanakan sebelum ini.

Setelah perbincangan dan perdebatan secara panjang lebar, Bengkel kali kedua ini telah memutus dan menetapkan serta dipersetujui sebulat suara bahawa Pesta Magahau adalah satu-satunya perayaan rasmi Etnik Rungus yang perlu diteruskan dan dipertahankan. Sebarang usaha penghapusan pesta ini akan ditentang dan dianggap melanggar dan menghina Adat Istiadat & Orang Rungus.

Bengkel itu telah menghasilkan resolusi dan ketetapan seperti berikut ;

1. Pesta Magahau diisytiharkan sebagai satu-satunya perayaan Rasmi Etnik Rungus.

2. Acara-acara dan pengisian Pesta Magahau hendaklah mengikut ketetapan yang telah dipersetujui oleh Bengkel ini dan Panel Penasihat yang  diwujudkan.

3. Tadau “Papak Taraat” ditiadakan dalam acara-acara Pesta Magahau kerana iannya berkaitan dengan acara kematian.

4. Tadau /Sodop Tavasi Papak Tavasi diiktiraf sebagai acara kemuncak dalam Pesta Magahau.

5. Pembinaan “Pinapakan” iaitu binaan struktur berhias yang amat unik dan telah menjadi tarikan orang ramai dibolehkan dengan syarat tiada acara bacaan  berbentuk “ritual” yang akan disalah anggap sebagai berbentuk pemujaan dan sebagainya.

5. Penyembelihan  binatang ternakan seperti babi di lokasi Pinapakan dibolehkan selagi iannya tidak disertai bacaan berbentuk ritual.

Kesemua peserta bengkel juga bersetuju sebulat suara  bahawa sebarang perubahan atau cadangan baru hendaklah dibuat melalui mesyuarat yang dihadiri oleh Mahkamah Anak Negeri, Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan Etnik Rungus, Wakil2 pertubuhan dan persatuan keagamaan, tokoh-tokoh adat , budaya dan sebagainya.-AG

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming