Pemuda UMNO KK persoal motif Shafie syor Pesta Kaamatan cuti Umum Kebangsaan

Mohd Bahrin
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu hari ini mempersoalkan motif sebenar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 30 dan 31 Mei sebagai cuti kebangsaan Pesta Kaamatan.


Ketuanya  Mohd.Bahrin Abd.Karim berkata, tindakan Shafie seperti telah terdesak sehingga menggunakan cuti umum Pesta Kaamatan sebagai isu untuk kepentingan politiknya.

Beliau berkata, Shafie sepatutnya memperjuang dan mensyorkan agar Kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan menjadikan sambutan Pesta Lepa-Lepa yang diraikan oleh masyarakat Bajau Semporna sebagai cuti umum kebangsaan dan bukan memainkan isu Pesta Kaamatan.

“30 dan 31 Mei setiap tahun adalah cuti umum bagi negeri Sabah dan Kerajaan  menerusi Pejabat Daerah dan KDCA juga menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah-daerah di seluruh negeri sebagai mengiktiraf pesta yang penting bagi masyarakat KadazanDusun Murut (KDM) ini.

“Sambutan Pesta Kaamatan diraikan oleh masyarakat berbilang kaum sepanjang bulan Mei dan KDCA serta persatuan etnik yang lain juga ada menganjurkan sambutan itu di Semenanjung Malaysia seperti di Klang, Selangor bagi membolehkan masyarakat KDM yang berada di Semenanjung Malaysia bersama-sama meraikankan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas syor yang dicadangkan oleh Shafie agar Kerajaan Persekutuan isytiharkan Pesta Kaamatan sebagai cuti kebangsaan.

Mohd.Bahrin berkata, cadangan Shafie bermotifkan politik kerana mahu memancing sokongan masyarakat KDM khususnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia.

Katanya, Shafie selaku mantan menteri persekutuan sepatutnya mengemukakan syor menjadikan Pesta Kaamatan sebagai cuti kebangsaan masa beliau masih dalam kabinet persekutuan.

“Kenapa semasa Shafie memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), beliau tidak pernah mengemukakan syor ini untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan?

“Kenapa pula sekarang, selepas mengetuai parti pembangkang baru beliau menggesa Kerajaan Persekutuan isytiharkan 30 dan 31 Mei sebagai cuti kebangsaan bagi menghormati Pesta Kaamatan? Ini jelas bahawa tindakan Shafie adalah berlandaskan kepentingan politiknya dan bukan berjuang untuk masyarakat KDM”, tegasnya.

Mohd.Bahrin berkata, cuti umum Pesta Kaamatan bukan satu isu bagi rakyat di Sabah, ianya seperti juga cuti umum Pesta Gawai di negeri Sarawak.

Serentak itu, Pemuda UMNO KK menggesa Shafie agar tidak mempolitikkan isu cuti umum Pesta Kaamatan semata-mata mahu merai sokongan KDM.

“Saya yakin masyarakat berbilang kaum di Sabah khususnya KDM begitu pintar dan tidak akan terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan oleh parti Warisan yang hanya lantang bersuara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)”, tegasnya.-AG/MSN

Comments

Popular posts from this blog

Continue holding the Climbathon

Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Beauty through Grooming