Pemuda UMNO KK persoal motif Shafie syor Pesta Kaamatan cuti Umum Kebangsaan
Mohd Bahrin KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu hari ini mempersoalkan motif sebenar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 30 dan 31 Mei sebagai cuti kebangsaan Pesta Kaamatan. Ketuanya Mohd.Bahrin Abd.Karim berkata, tindakan Shafie seperti telah terdesak sehingga menggunakan cuti umum Pesta Kaamatan sebagai isu untuk kepentingan politiknya. Beliau berkata, Shafie sepatutnya memperjuang dan mensyorkan agar Kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan menjadikan sambutan Pesta Lepa-Lepa yang diraikan oleh masyarakat Bajau Semporna sebagai cuti umum kebangsaan dan bukan memainkan isu Pesta Kaamatan. “30 dan 31 Mei setiap tahun adalah cuti umum bagi negeri Sabah dan Kerajaan menerusi Pejabat Daerah dan KDCA juga menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah-daerah di seluruh negeri sebagai mengiktiraf pesta yang penting bagi masyarakat KadazanDusun Murut (KDM) ini. “Sa...