Kem Waja diri tingkat keyakinan dan kepimpinan pelajar
![]() |
Fatimah (tiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Samsiah sambil diperhatikan oleh guru-guru penasihat di majlis itu |
KOTA KINABALU: Program Kem Waja Diri Unit Beruniform dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dan ilmu kepimpinan dalam organisasi, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor.
Katanya, program itu juga dapat membantu para pelajar membina jati diri dan berdikari mengurus diri.
“Program ini juga memberi latihan stamina diri dan fizikal pelajar di dalam menempuh cabaran hidup melalui aktiviti yang diadakan”, katanya.
Fatimah yang juga Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah berkata demikian pada majlis penutupan Kem Waja Diri Unit Beruniform Sesi 2016 sekolah itu, semalam.
Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran Maktab Sabah, Puan Samsiah Almalek, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdul Jaid Paki dan Kem Komandan Kem Waja Diri, Cik Surilla Stimol.
Katanya, pelajar merupakan aset negara yang akan menerajui kepimpinan masa hadapan perlu memanfaatkan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang menyertai Kem Waja Diri.
Beliau berharap peserta kem itu akan membawa perubahan
kepada setiap unit yang mereka terajui menerusi ilmu kepimpinan dalam organisasi yang telah mereka pelajari.
“Manfaatkan setiap ilmu dan kemahiran yang dipelajari demi kepentingan dan kemajuan unit beruniform pimpinan mereka”, tegasnya.
Fatimah juga berharap peserta kem itu akan menjadi pelajar dan anak yang membanggakan ibu-bapa, warga sekolah, agama, bangsa dan negara.
“Untuk berjaya dalam kehidupan, para pelajar perlu berusaha gigih dan menuntut ilmu pendidikan setinggi yang boleh disamping disiplin diri dan moral yang tinggi”, katanya.-AG
Comments
Post a Comment