Wednesday, July 17, 2019

ARMADA SABAH SAMBUT BAIK RUU PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2019

Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit 


KOTA KINABALU:  Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) Sabah menyambut baik keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Ketuanya, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit berkata, kelulusan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 adalah kemenangan kepada anak-anak muda di negara ini.

"RUU ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada golongan muda terbabit dalam mencorak kepemimpinan negara.

"Dengan lulusnya RUU itu, maka orang muda diberi lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan politik dan tanggungjawab demokratik.

"Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun kini boleh mencalonkan diri untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas RUU itu diluluskan. Ini merupakan berita gembira kepada orang muda", katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam sejarah baharu tercipta apabila Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga, setelah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad.

RUU itu mencatat sejarah tersendiri apabila menerima sokongan kesemua 211 Ahli Dewan Rakyat yang hadir, selepas dibahas oleh perwakilan daripada blok kerajaan dan pembangkang.

RUU berkenaan meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warga negara yang layak mengundi menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Pindaan itu turut bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warga negara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Mohd Isquzawan berkata, lebih manis lagi ialah kini suara golongan muda dapat bergema di Parlimen dan luar Parlimen.

"Golongan muda mahu suara, pandangan dan masalah mereka didengar dan diambil tahu oleh pihak pembuat dasar, terutamanya Kerajaan", tegasnya.

Katanya, seperti yang telah dijelaskan oleh Perdana  Menteri. Tun Dr.Mahathir Mohamad, bahawa pindaan ini adalah bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius dalam merealisasikan Janji 17 dalam Buku Harapan, iaitu “menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun” dan “pendaftaran automatik berdasarkan daftar Jabatan Pendaftaran Negara”.

Mohd Isquzawan optimis, harsat kerajaan terhadap RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 akan difahami, dihayati dan dijadikan budaya oleh golongan anak muda di Sabah.

"Walaupun bukan budaya anak muda seawal 18 tahun terlibat dalam politik, justeru kita perlu menerap dan siapkan diri mereka lebih awal dengan kepertanggungjawapan tersebut", tambahnya.

Serentak itu beliau mengajak anak-anak muda di Sabah yang telah mencapai usia 18 tahun agar menyertai Armada Bersatu Sabah sebagai platform politik mereka.

"Armada Sabah sentiasa mengalu-alukan penyertaan anak-anak muda di Sabah termasuk golongan profesional bersama-sama berjuang bagi menyuburkan lagi demokrasi di negara ini", tegas Mohd Isquzawan.-PR

Tuesday, July 16, 2019

Penyertaan dalam parti BERSATU adalah sukarela, tidak menjanjikan jawatan-Kiandee

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee,
Setuausaha Badan Pimpinan
BERSATU Sabah 

KOTA KINABALU: Proses pendaftaran keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersandarkan kepada pendekatan inklusif yang membuka ruang kepada semua pihak yang memenuhi syarat keahlian untuk mendaftar sebagai ahli.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Setuausaha Badan Pimpinan BERSATU Sabah dalam Saturday kenyataan akhbar hari in berkata namun begitu, parti mempunyai mekanisme tertentu untuk memastikan ahli yang berdaftar adalah secara sukarela.

Berbeza dengan Umno, Bersatu sentiasa meletakkan ‘kualiti ahli’ sebagai keutamaan berbanding ‘kuantiti ahli’, katanya.

" Maka, kenyataan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa terdapat ahli-ahli Umno yang didaftarkan sebagai ahli Bersatu tanpa pengetahuan mereka adalah tidak berasas sama sekali," katanya lagi.

"Daripada membuat tuduhan tidak berasas, adalah lebih baik Abdul Rahman sebagai mantan Pengarah Komunikasi Strategik BN PRU14 belajar daripada pengalaman. Adalah lebih afdal beliau menumpukan sepenuh masa memulihkan Umno berbanding mempersoalkan gerak kerja Bersatu Sabah sungguhpun saya yakin kenyataan tersebut dibuat kerana ‘keterujaan’ beliau melihat sambutan terhadap Bersatu di Sabah khususnya di Tuaran."

Perkara yang mungkin beliau boleh pertimbangkan sebagai fokus adalah untuk memastikan Mesyuarat-Mesyuarat Perwakilan Bahagian Umno di Sabah yang sedang berlangsung dilaksanakan dengan mematuhi Perlembagaan dan Peraturan Parti, Ronald berkata.

"Seingat saya, undang-undang parti mereka menetapkan mesyuarat tersebut perlu dihadiri oleh para perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat di peringkat cawangan. Ini bermakna, para perwakilan yang hadir perlu terlebih dahulu dipilih dalam proses dan siri ‘mesyuarat’ yang wajib diadakan di peringkat cawangan terlebih dahulu. Saya yakin Abdul Rahman cukup sedar apa yang berlaku."

Berhubung penyertaan semula mantan Ketua UMNO Bahagian Papar ke dalam parti Umno, Bersatu Sabah menghormati pendirian beliau dan mengucapkan selamat berjuang. Penyertaan ke dalam Bersatu adalah atas hak dan keputusan setiap individu. Perlu diingat, kemasukan ke dalam Bersatu adalah secara sukarela dan tanpa syarat atau jaminan jawatan.

"Perkara ini sering ditegaskan oleh Pengerusi Bersatu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad."

"Saya yakin rakyat di luar sana tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan bahawa Bersatu Sabah mengamalkan ‘selective-accomodation’ hanya kerana tidak dapat memenuhi kehendak individu tertentu untuk menduduki sesuatu jawatan yang dituntut seperti Ketua Bahagian Penaja," kata beliau.

Pelbagai faktor diambil kira dalam penentuan kepimpinan di peringkat awal penajaan untuk memastikan Bersatu dilihat sebagai platform politik yang relevan di Sabah. Antaranya adalah penerimaan rakyat terhadap seseorang pemimpin dalam pilihan raya yang lepas yang diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya.

Bersatu mengamalkan sistem demokrasi yang jauh lebih inklusif dan mereka yang ikhlas berjuang boleh menawarkan diri untuk sebarang jawatan dalam proses pemilihan, katanya.

Beliau berpendapat bagawa pemimpin yang berjiwa besar akan sentiasa bersedia untuk memberi ruang kepada barisan kepimpinan baharu.

"Berpuluh tahun kita diangkat dan disokong oleh mereka yang di bawah sebagai pemimpin dan akan tiba masa untuk kita pula terbuka untuk membantu dan menyokong pemimpin lain, apatah lagi pemimpin yang terbukti mendapat kepercayaan rakyat melalui pilihan raya."

" Sebagai pemimpin, kita bukan hanya bersedia untuk memimpin, tetapi bersedia untuk dipimpin. Para pemimpin dan ahli Bersatu Sabah perlu bermula dan menjadikan prinsip ini sebagai pegangan dan menjadikan apa yang berlaku dalam organisasi lain sebagai teladan."- PR

Joining BERSATU is voluntary, no guarantee of posts-Kiandee

Datuk Seri DR.Ronald Kiandee BERSATU
Sabah Leadership Committee Secretary

KOTA KINABALU: The Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) registration process is based on inclusive approach which provide a space for all parties who fulfilled the membership enrolment conditions set by the party.

Datuk Seri DR.Ronald Kiandee BERSATU Sabah Leadership Committee Secretary in a statement today stated that the party, however, has a certain mechanism to ensure members register voluntarily.

Contrary to Umno, Bersatu always give a priority on ‘member’s quality’ than ‘member’s quantity’, he said.

"Thus, the statement by Acting Tuaran Umno Division Chief, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan saying that there are Umno members who have been registered as a Bersatu member without their knowledge is totally baseless," he stated.

Rather than making baseless accusation, it would be better if Abdul Rahman as a former BN GE14 Strategic Communication Director to learn from experiences, he opined adding that it is best that he give full focus on mending Umno than questioning Sabah Bersatu’s working condition.

"Although I am confident that he made the statement out of his ‘excitement’ on seeing the responses received by Bersatu in Sabah, particularly in Tuaran. Things which he can probably consider to focus on is like on ensuring the ongoing delegates meetings by the Umno divisions in Sabah are proceeding in accordance to the party’s constitution and regulations."

"Their party rules had stated that the meeting need to be attended by delegate members who each have been elected through a meeting held at the branch-level. This means that the delegate members who attend a delegates meeting must firstly be elected in a process and meeting that is compulsory to be held at the branch-level. I am confident Abdul Rahman is aware of what is happening," he stressed.

On former Papar Umno Division Chief who have re-joined Umno, Sabah Bersatu respected his decision and wishes him all the best, he said.

According to him,  joining Bersatu is one’s personal right and decision and it must be remembered that entry into Bersatu is made on voluntary basis and without any condition or guarantee of a post.

"This has always been stressed by Bersatu Chairman, Tun Dr. Mahathir Mohamad."

He went on to say that the people out there will not just simply believe in allegation that Sabah Bersatu practise ‘selective-accomodation’ just because it cannot fulfil the wishes of certain individuals to hold a post like a Protem Division Chief.

He stressed that various factors have been taken into account in deciding on the leadership at the protem committee level to ensure Bersatu is seen as a relevant political platform in Sabah.

" Among them is the people acceptance on the leaders during the past election which had been translated into election results. Bersatu practises a far more inclusive democratic system and those who are sincere to the struggles can offer themselves for any post during the election process."

He elaborated that leaders with big soul will always be ready to give a space to the new leadership line-up.

"We have been lifted and supported by those on the ground as a leader and time will come for us to be opened to assist and support other leaders, particularly those leaders proven to have the people’s trust through the election."

"As a leaders, we are not only ready to lead, but also ready to be led. Sabah Bersatu leaders and members need to start and work based on this principle and make what had happened in the other organisation as a lesson."-PR

Sunday, July 14, 2019

PPK PUTATAN, PCB BIOTECH DAN EZ RETAIL METERAI MOU BANGUN PROJEK TERNAKAN IKAN LAUT, UDANG KARA

Uda (empat dari kiri) dan Arsit (belakang Uda)
menyaksikan pertukaran MoU diantara Amiludin
(tiga dari kiri) dan Winson (tiga dari kanan) di majlis itu.

KOTA KINABALU:Pertubuhan  Peladang Kawasan (PPK) Putatan, PCB Biotech Sdn.Bhd dan EZ Retail Kuala Lumpur telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Ternakan Ikan Laut dan Udang Kara di Bakut View Putatan, hari ini.

PCB diwakili pengarahnya, Datuk Haji Abdullah Sibil dan Encik Ku Yoon Khee dan PPK Putatan diwakili oleh Ahli Jemaah Pengarahnya, Haji Amiludin Majin dan Pengurus Besar, Encik Abdul Hasrul Sulaiman. Sementara EZ Retail diwakili Pengurus Besarnya, Encik Winson Yoong.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal  Anak Negeri, Datuk Haji Uda Sulai  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas dan Pengerusi PPK Putatan, Datuk Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi.

Majlis itu diadakan sempena dengan perasmian Projek Ternakan Ikan Laut (Kaedah Bio Tech PCB) dan Projek Udang Kara oleh Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Malaysia, Dato Haji Salahuddin Ayub.-PR

ALBONA GAMBAR JOHAN GIMPUHUT MGM PESTA MAGAHAU ZON PITAS 2019

Cik Albona Gambar (tengah) - Gimpuhut (Johan)
MGM Pesta Magahau Zon Pitas 2019, bersama
Cik Genevie Chiew (kiri) dan Cik Noratika Manalis (Kanan).

PITAS  : Cik  Albona Gambar muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Pitas 2019  yang diadakan di Dewan Komuniti Mabahan Kg Bongkol Pitas , semalam.

Cik Genevie Chiew dan Cik Noratika Manalis masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.  Mereka masing-masing akan mewakili Pitas bagi Johan, Banggi bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Kanibongan   ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Cik Cerry Ezia Julain pula  dinobatkan sebagai Miss Popular  bagi Zon Pitas selepas mendapat undian terbanyak.

Sementara Cik Anny Junai pula dipilih sebagai "model of the year" bagi kawasan Zon Pitas. 

Mohammad Mohamarin memukul gong sebagai symbolik
merasmikan Pesta Magahau Zon Pitas 2019.


Bagi pertandingan Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Cik Ezra Sopedy. Manakala Cik Revelin Masaban dan  Encik Raymon Rajak masing-masing di tempat kedua dan ketiga.


Mereka masing-masing akan mewakili Pitas, Banggi dan Kanibongan  ke Pertandingan Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, Encik Mohammad Bin Mohamarin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi telah merasmikan majlis itu.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Encik Jose Modsinupu, Presiden Pisaan,Pitas En Richad Mazagi, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) N.3 Pitas,  Encik Madusi Mangabun, CDO N.1 Banggi,  Encik Martin Mokujim dan Pengerusi MGM Induk Pesta Magahau 2019 , Puan Ruhini Andong.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Pitas , terdapat 3  zon lagi yang  akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini.  Zon-zon tersebut ialah Zon Kudat (20 Julai 2019), Zon Beluran ( 27 julai 2019) dan Zon Kota Marudu (28 Julai 2019).-PR

Thursday, July 11, 2019

MARINAH DOKSIL CROWNED GIMPUHUT MGM MAGAHAU FESTIVAL LABUAN ZONE 2019

Rejanah Bahanda hitting the gong when launching the
 Magahau Festival Labuan Zone 2019.

LABUAN  : Marinah Doksil was adjudged the Gimpuhut (winner) of Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Magahau Festival Labuan Zone 2019 which was held at  Golf Club Labuan Hall.

Alfiera Jatin  and Esther Sherilyn Joseph were runner up and first runner up, respectively. 

The winner would be representing Labuan FT,  first runner up would representJohor  while the second runner up would represent  Klang Valley to the State level MGM to be held on Aug 3.

Esther Sherilyn Joseph was also slotted as Miss Popular FB for Labuan Zone after getting the most votes.

Nurasnih Madjalan was sekected as  model of the year for Labuan zone.

For the Mitarab Mindolongoi (Monurizak) or singing competition, Usal Jon Gavis  was adjudged the winner, while Alfred Ongudok and Roven u Dominog won second and third place respectively.
Usal Jon Gavis ( middle) with  Alfred Ongundok (left) and Roven U Dominog (right) 

The winner would represent Labuan FT, the second winner would represent Johor and the third winner would represent Klang Valley  to State level Mitarab Mindolongoi.

Real Beauty Sdn Bhd Chief Executive Officer Rejanah Bahanda officiated in the  event.

Also present during the event were MGM Main Magahau Festival 2019 chairperson, Ruhini Andong and Mimie D Selvakumar,  Director of  National Unity and Integration Labuan FT

Besides MGM and Monurizak, the celebration this year also showcased
a Rungus sundatang (musical instrument) making as well as playing the Sundatang.

Besides Labuan Zone,  four other zones would be holding the celebration this year. They are Pitas (13 July 2019),  Kudat (20 July 2019),Kota Marudu (21.july 2019) and Beluran ( 27 July 2019 ).-PR

MARINAH DOKSIL JOHAN GIMPUHUT MGM PESTA MAGAHAU ZON LABUAN 2019

Cik Marinah Doks Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau
 Zon Labuan 2019  (tengah) bersama Cik Alfiera Jatin (kiri) dan
Cik Esther Sherilyn Joseph (Kanan)


LABUAN  : Cik  Marinah Doksil muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Labuan 2019  yang diadakan di Dewan Golf Club Labuan , semalam.

Cik Alfiera Jatin  dan Cik Esther Sherilyn Joseph   masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.  

Mereka masing-masing akan mewakili W.P.Labuan bagi Johan, Johor bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Klang Valley ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Cik Esther Sherilyn Joseph pula  dinobatkan sebagai Miss Popular FB bagi Zon Labuan selepas mendapat undian terbanyak.

Sementara Cik Nurasnih Madjalan dipilih sebagai model of the year bagi kawasan Zon Labuan. 

Untuk kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Encik Usal Jon Gavis . Manakala Encik Alfred Ongudok dan  Encik Roven u Dominog masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan akan mewakil W.P.Labuan,  naib johan akan mewakil Johor dan tempat ke 3 akan
mewakili Klang Valley  ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Real Beauty Sdn Bhd Puan Rejanah Bahanda telah merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir ialah  Pengerusi MGM Induk Pesta Magahau 2019 , Puan Ruhini Andong,  Puan Mimie D Selvakumar,  Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan .

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Labuan ,  4  zon lagi yang  akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini.  Zon-zon tersebut ialah , Zon Pitas (13 Julai 2019), Zon Kudat (20 Julai 2019), Zon Kota Marudu (21.julai 2019) dan Zon Beluran ( 27 Julai 2019 ).-PR

Wednesday, July 10, 2019

PERKAHWINAN KANAK-KANAK BAWAH UMUR BERI KESAN PSIKOLOGI DAN FIZIKAL

Sebahagian peserta Program Kesedaran
Isu Perkahwinan kanak-kanak
RANAU:  Masih terdapat  segelintir masyarakat di negeri ini yang mengahwinkan anak mereka yang masih dibawah  umur 18 tahun, kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Y.B. Puan Norazlinah Arif.

Katanya, meskipun undang-undang memberikan peruntukan perkahwinan, namun terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.
azlinah (kanan) menerima cenderamata daripada
Masturah di majlis itu.


Beliau berkata, perkahwinan antara lelaki dan perempuan dibawah 18 tahun, memberi cabaran serta tekanan psikologi dan fizikal yang merangkumi pendidikan, kesihatan, ekonomi, pembuat keputusan dan jenayah terhadap kanak-kanak.

"Keadaan seperti ini boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial dan moral kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat meneruskan pendidikan. Tidak mempunyai sumber kewangan, memikul beban kehidupan berkeluarga seawal usia di bawah umur.

"Selain kesan kepada bayi yang dilahirkan darisegi penjagaan, kebajikan dan lain-lain",  katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Isu Perkahwinan Kanak-Kanak di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA). Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah JHEWA, Puan Masturah Haji Jamrah.

Norazlinah berkata, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memikirkan masa depan kanak-kanak,  kerana mereka adalah tunjang harapan negara.

Justeru katanya, ibu bapa dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dengan memberikan pendidikan awal yang secukupnya bagi mengelakkan kes seumpama ini (perkahwinan kanak-kanak dibawah umur)  berlaku di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Menurutnya, pihak guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan laporan kepada pihak yang berkaitan, sekiranya terdapat pelajar berhenti sekolah awal kerana berkahwin.

"Semua lapisan masyarakat, termasuk badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat secara amnya juga perlu bersama-sama memainkan peranan, mengamalkan sikap prihatin dan ambil tahu agar masalah akibat daripada perkahwinan kanak-kanak tidak berlaku", tegasnya.

Norazlinah berkata, masyarakat sendiri perlu mengetahui dan memahami isu serta cabatan perkahwinan kanak-kanak.

Serentak itu katanya, penganjuran Program Kesedaran Isu Perkahwinan Kanak-Kanak amat kena pada tempat dan tepat pada masanya dalam mencetuskan kesedaran dan pengetahuan kepada kanak-kanak, keluarga dan masyarakat mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, khususnya di negeri Sabah.

"Melalui program ini juga, kita akan memberikan panduan dan kemahiran dalam memahami psikologi, personaliti dan perkahwinan, undang-undang terhadap perkahwinan kanak-kanak, pendidikan kehidupan berkeluarga dan kesihatan reproduktif serta program bimbingan dan kaunseling kepada kumpulan sasar", tegasnya.

Norazlinah berharap program kesedaran itu dapat dilaksanakan secara berterusan melibatkan daerah-daerah lain di seluruh Sabah, khususnya di kawasan pedalaman yang masyarakatnya jarang mendapat peluang menghadiri program kesedaran seumpama itu.

Beliau turut menyeru para peserta program itu terutama pelajar dan ibu bapa agar memainkan peranan dalam menyebarkan ilmu dan maklumat yang diperolehi kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.-PR

UNDERAGED CHILD MARRIAGES HAS PSYCHOLOGICAL AND PHYSICAL EFFECT

Some of the participants of the awareness programme
on child's marriage.

RANAU:  There are some communities in the State that still allowed their children to marry before the age of 18, Assistant Minister of Health and Wellbeing, Norazlinah Arif said.

She said, although the law had provisions for marriages, some communities still allow marriages without considering the age of the child.
Norazlinah officiating the awareness programme o
child's marriage  SMK Ulu Sugut.


She said marriage between a boy and girl below18 years of age would be challenging and psychologicaly as well as physically stressful including where education, health, economy as well as decision making were concerned and it would be a crime against children.

"These situations can lead to social and moral problems of children. For example the children concerned could not continue their education. They won't have sources of income and have to carry the burden of family life at a youngvage."

"Besides that a baby when born will also be effected where care and welfare are concerned, among others," she said when launching the Awareness Programme on Child Marriages Issues at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut school hall, today.

The programme was organised by the Womans Affairs Department Sabah  ( JHEWA) . Also present during the event was it's director Masturah Haji Jamrah.

Norazlinah said it was society's responsibility to think about children's future for they would be the nation's leaders of the future.

As such, parents and the community at large need to play an important role in according children early education to ensure against child marriages occurring in the State and the country, she opined.

According to her, teachers and Parents Teachers Associations (PTA)also need to play a part by reporting to the relevant authorities cases of students leaving school to get married.

"All members of the community, including government bodies, non- governmental organisations, community leaders and the general public need to play their part and be more concerned so that problems stemming from child marriages will not occur," she stressed.

Norazlinah said, the community need to know and understand the issue and challenges of child marriages.

The programme on Awareness on Child Marriages Issues was opportune and timely in spreading awareness and knowledge to children , families as well as the community on the issues of child marriages especially in Sabah.

"Through this programme we will accord guidelines and skills in understanding the psychology, personality, marriage and the law on child marriages ,family life, reproductive health, guidance and counseling to the target group," she stressed.

Norazlinah hoped that this awareness programme would be carried out continuously and in all other districts in the State especially in remote rural areas where the populace seldom have the chance to attend such functions.

She also called on all programme participants especially students and parents to share their acquired knowledge with their friends and family.-PR

Tuesday, July 9, 2019

HARI RAYA OPEN HOUSE BY IIUM ALUMNI


Alumni members during
the Hari Rays gathering


KOTA KINABALU: A Hari Raya open house by International Islamic University Malaysia Alumni (Sabah Chapter) was recently held in Alamesra, Kota Kinabalu. 

Over 100 IIUM alumni members and their family attended the event which was an annual gathering programme for the alumni and had been carried out for many years.

 According to the President, Hasbi Tange, this was part of the effort by the association to gather alumni of IIUM in Sabah and to collaborate on many social works in the state.

According to Dr Rafiq Idris, an IIUM alumni, who is also the Chairman of Sabah 
Economic and Education Society, the alumni has been very consistent in organizing 
education program for rural school and "we shall have more programmes in future."-PR

Motivation talk giving back to the La Salle School

Dr Rafiq Idris

KOTA KINABALU: A Motivation Talk organised by Association of Ex-Students of La Salle and Sacred Heart on July 8, at Sekolah Menengah La Salle Hall (senior block of the school), Tanjung Aru.

The programme was attended by 170 form 5 students. 

The motivation talk and sharing was part of a series of educational programmes targeted at schools in Sabah organized by the alumni’s education bureau, headed by Dr Rafiq Idris, a Senior Lecturer at Faculty of Business, Economics and Accountancy, Universiti Malaysia Sabah. 

Dr. Rafiq Idris who is also the Chairman of Sabah Economic and Education Society emphasized that students needed motivation from time to time to 'recharge their battery' and to keep their momentum on their interest for study. 

In addition to Dr Rafiq’s sharing, the motivation talk was followed by a sharing by the Alumni president, Mr Herman Yee. 

During the talk, Dr Rafiq  shared his personal experience and gave some tips for students and stressed the need to give their best in whatever they do. 

Herman Yee shared his personal experience and the education journey as La Sallian. The sense of belonging as La Sallian were also being emphasized during the event. 

The objectives of the programme among others were to motivate students on the importance of giving their best in their studies, tertiary education in general and the professions that they could pursue. 

According to Dr Rafiq, “Motivation Talk by alumni is part of giving back to the La Salle School” This have been instilled into us as La Sallians.” 

Rafiq added, “the school Headmaster, Madam Mary and Cikgu Idris Awang have been very supportive."-PR

Monday, July 8, 2019

TERISELAH KAIN JOHAN GIMPUHUT MGM PESTA MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019

Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau Zon Matunggong 2019 Cik Terisellah Kain,  (tengah) bersama Cik Feyrashandy Hanlin Hanis (kiri) dan Cik Jevlinah Linkin


MATUNGGONG : Cik Terisellah Kain muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Matunggong 2019  yang berlangsung di Balai Budaya Pekan Matunggong , semalam.

Cik Feyrashandy Hanlin Hanis dan Cik Jevlinah Lingkin masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga. 

Mereka masing-masing akan mewakili Matunggong bagi Johan, Tagaroh bagi Naib Johan, manakala tempat ketiga mewakil Manggaris  ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Shrmine Ryan Basmin pula  dinobatkan sebagai Miss Popular FB bagi Zon Matunggong selepas mendapat undian terbanyak.

Sementara Cik Lilyannie Christie Linus dipilih sebagai "model of the year"  bagi Zon Matunggong.

Bagi kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Johsua Eleazar  . Manakala Jurin Junior dan  Cik Alyssa Clairessa Andry masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan akan mewakil Matunggong,   naib johan akan mewakil Tagaroh dan tempat ketiga  akan
mewakili Manggaris  ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri  (DUN) N. 4 Matunggong,  Encik Barlus Mangabis  telah merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA)/ Pengerusi Induk Pesta Magahau 2019 , Encik Jose Modsinupu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggon, Encik Francis Chong , OKK  Jominit Kobuhi , CDO Puan Nuriah Jomirun, Pengerusi Mitarab Gimpuhut(MGM) Peringkat Negeri , Puan Ruhini Andong, Pengerusi MGM Zon Matunggong , Puan Salunih Moruson dan ahli-ahli majlis tertinggi SAMORA.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baharu iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Kota Kinabalu dan Matunggong, lima lagi zon  lain akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini.  Zon-zon tersebut ialah  Zon Labuan (7 Jiulai 2019) Zon Pitas (13 Julai 2019), Zon Kudat (20 Julai 2019), Zon Kota Marudu (21 Julai 2019) dan Zon Beluran ( 27 Julai 2019 ).-PR


EWON SAMBUT BAIK CADANGAN LEBIH BANYAK TAMU KOMUNITI DIWUJUDKAN

Ewon bersama ibu-ibu dan bapa-bapa memotong
kek sempena sambutan Kaamatan, Raya, Hari Guru
dan Hari Ibu Bapa.

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick menyambut baik cadangan penduduk kampung mewujudkan sebuah tamu mingguan di Kampung Kiau sebagai usaha merancakkan ekonomi setempat.

Selain itu katanya, pewujudan tamu mingguan itu juga boleh mempromosikan eko pelancongan luar bandar dan juga hasil-hasil produk tempatan di kawasan berkenaan.

Suatu masa yang lalu, memang ada tamu di Kampung Kiau. Pada hari ini, saya menerima baik cadangan dan hasrat penduduk atau komuniti di mukim ini supaya Tamu Kiau dihidupkan semula seperti di beberapa mukim lain di daerah Kota Belud.

Oleh itu, saya mahu Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di mukim ini memanggil satu perbincangan khas dengan semua Ketua Kampung dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kg Kiau Taburi, Kg Kiau Nuluh dan Kg Kiau Bersatu bersama-sama dengan Persatuan Kebudayaan Kiau, Persatuan Pelancongan Kiau, Persatuan Alumni SK Kiau dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperakukan tapak yang telah dicadangkan untuk tamu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Kaamatan Raya, Hari Guru dan Hari Ibu Bapa anjuran Gabungan MPKK Kiau dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Kiau, Persatuan Kebudayaan Kiau, Persatuan Alumni SK Kiau, GOMPITO, KDCA dan PIBG SK Kiau, di dewan sekolah itu, di sini, pada Sabtu.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) Sabah mempunyai peruntukan berkaitan Program Keusahawanan Desa yang boleh digunakan untuk memperkasakan pusat-pusat tamu di luar bandar.

Saya ingin melihat program keusahawanan desa di Sabah dapat diperkasakan melalui pembinaan lebih banyak tamu komuniti. Apapun, saya percaya komuniti itu sendiri adalah yang terbaik mengurus tamu-tamu sedemikian melalui MPKK, manakala agensi dan jabatan kerajaan membantu dari segi infrastruktur dan pengisian berkaitan.

Di Kampung Kiau, ianya sudah sinonim dengan aktiviti pelancongan dan hasil pertanian organik. Saya ingin melihat potensi ekonomi ini dikembangkan bermula dengan pembinaan tamu komuniti sebagai pusat aktiviti ekonomi di mana bukan hanya komuniti setempat yang boleh berkunjung, tetapi juga para pelancong,” katanya.

Ewon berkata, pewujudan tamu komuniti juga merupakan pakej terbaik untuk pelancongan luar bandar yang sedang diusahakan oleh KPLB Sabah.

Bermula pada tahun ini, KPLB Sabah diberi KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk membangunkan infrastruktur sekurang-kurangnya di dua kawasan eko-pelancongan. Kita telah memilih Mesej Kinolosodon, Papar dan Mesej Kaingaran, Tambunan. 

Manakala di Kota Belud, kita telah memilih Kg Kiau dan Kg Sayap untuk pembangunan keusahawanan berasaskan eko-pelancongan dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM200,000. Justeru saya berharap, kemudahan infra ini dapat dipakejkan dengan tamu komuniti Kg Kiau supaya lebih mapan,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaikan sumbangan touchpoints sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kebudayaan Kiau dan RM5,000 untuk jawatankuasa penganjur Kiau Nature Run.

Turut hadir Pengerusi Pelaksana merangkap MPKK Kiau Taburi Edward Kabun, Guru Besar SK Kiau 1 Jhonny Gumbiled, Pengerusi Eko Pelacongan Kiau Saikam Salinggou, Penyelaras KDCA Kiau Charles Dalansing dan Presiden KCA Kiau Kundayis Labeh.-PR

Sunday, July 7, 2019

APS bimbang surat sokongan pemimpin dibuat tanpa kaji kesan dan implikasinya


KENINGAU: Kecenderongan pencerobohan tanah dibeberapa kawasan terutamasekali kawasan Pantai Barat sepertimana telah berlaku pada baru baruini di Telok Likas menimbulkan banyak persoalan dan perlu ditanganidengan serius agar tidak merebak ke lain kawasan terutamanya dikawasanp edalaman, kata NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS).
Naib Presidenya Paul Kadau (pic) berkata, agak mustahil para penceroboh itu dengan begitu berani menerokai tanah milik kerajaan tanpa memiliki apa apa kelulusan sah, jikalau penceroboh itu  tidak mempunyai hubungan baik dengan 'orang yang mempunyai kuasa', katanya.

Surat permohonan penceroboh yang disokong Timbalan
Menteri Dalam Negeri yang juga MP Sepanggar


Anehnya, mereka (penceroboh) begitu berani mengheret nama pembesar negeri terutamanya TYT dan beberapa pemimpin lain dengan mendakwa telah memberi kelulusan untuk memiliki tanah sepertimana berlaku di Kg Kurol Melangi di Likas baru baru ini, tambahnya.

Beberapa surat ditunjukkan oleh penceroboh yang mendakwa telah mendapat sokongan TYT dan seorang Timbalan Menteri Persekutuan yang secara jelas merestui permohonan penceroboh bernama Arshad bin Ghani yang meminta Pengarah Tanah kaji dan bantu jika memenuhi syarat dalam permohonan tersebut.

Bagaimana pun, pihak Istana melalui Setiausaha Sulit TYT telah membuat laporan polis menafikan sekeras kerasnya pembabitan tersebut, kata Paul.

Dengan demikian, Paul menggesa kerajaan hari ini harus bertindak secara agresif untuk menangani masalah tersebut dengan mengheret pihak yang bertanggung jawab ke muka pengadilan tanpa kompromi, tegasnya.

Laporan Polis oleh Setiausaha Sulit TYT.


APS yakin dan percaya bahawa tindakan sedemikian merupakan suatu pengajaran kepada mereka dan juga beberapa pengikutnya (kalau ada) supaya menghentikan kegiatan tersebut yang menyalahi undang undang, tambah Paul.

“ Kita juga turut mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak kononnya kawasan rumah rumah di kawasan Parlimen Sepanggar pernah dijanjikan oleh pihak tertentu untuk menjadikannya kawasan setinggan?...inilah yang membingungkan dan menakutkan.

" Malahan mereka yang bersembunyi di kawasan bakau sekarang berani membina rumah haram mereka secara terbuka dimana kita percaya bahawa kegiatan ini juga mungkin telah terdorong dengan janji janji pemimpin tersebut," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Bagaimana pun, secara kebetulan bahawa selepas pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) iaitu selepas wujud kerajaan baharu dengan tiba-tiba kawasan setinggan terus bertambah dibeberapa kawasan bakau antaranya di belakang 1 Borneo.

Malahan agak menghairankan bahawa selepas itu lebih banyak kejadian setinggan terbakar disana sini berlaku dibeberapa tempat diSabah termasuk Pedalaman. - PR.