Friday, November 18, 2016

Gambar sekitar persidangan DUN Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kanan) bersama tiga orang Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua dari kanan), Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kiri) dan Datuk Raymond Tan (kiri).

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tengah)
bersama Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Yakub Khan (dua dari kanan)
 antara yang menghadiri sesi pembentangan Bajet 2017 oleh Ketua Menteri pada Persidangan DUN Sabah,
BINCANG…Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membincangkan sesuatu.
Dari kiri Encik Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Charles O Pang (Karamunting),
Datuk Mohd.Yusof Apdal (Lahad Datu) dan Datuk James Ratib (Sugut)
 pada persidangan DUN Sabah.

 AHLI-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri,
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Menteri Kewangan selepas pembentangan Bajet 2017
di Persidangan DUN Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bersalam
dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kiri).

 Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (kiri)
berbual mesra bersama Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kanan),
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,
Datuk Teo Chee Kang dan Datuk Haji Zakaria Mohd.Edris (kanan) pada persidangan DUN Sabah





Yahya terima kunjungan hormat pengerusi dan Coo Co-opbank

Yahya (dua dari kanan) menerima cenderamata
daripada Yusra semasa kunjungan itu.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad (Co-Opbank Persatuan), Datuk Haji Yusra Sabar (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasinya (COO), Mohd.Dzarfan Khalid (kiri) di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri, Umar Sarim Haji Saidin (kanan).

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah diberi taklimat mengenai Co-opbank Persatuan yang diiktiraf sebagai Bank Koperasi (Co-opbank) oleh pihak kerajaan pada 15 September 2014.

Co-opbank Persatuan kini mempunyai lebih 70,000 anggota individu dan 496 anggota koperasi serta telah beroperasi di seluruh negara termasuk di Kota Kinabalu yang mulai beroperasi pada 23 September 2016.

Menurut Yusra, pembukaan Co-opbank Persatuan Cawangan Kota Kinabalu adalah demi menyahut seruan SKM bagi membantu sektor koperasi di negeri Sabah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan perbankan.

Sementara itu, Yahya turut menerima kunjungan daripada Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sabah, Encik Chirstopher John Baptish.
Beliau diberi taklimat mengenai pembinaan kampus “fast track” MKM Zon Sabah di Menggatal.

Turut serta ialah Timbalan Pengarah, Mohd.Noor Juan dan Pensyarah Kanan Maktab itu, Mohamad Pisah Ali.-AG


Yahya (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Chirstopher sambil diperhatikan
 oleh Mohd.Noor (kanan) dan Mohamad Pisah (kiri) semasa kunjungan itu.

Yamani rasmi kejohanan golf Pemuda UMNO

Hafez (kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan tiket bertuah
berupa sebuah motorsikal Demak kepada Awang Asli
sambil diperhatikan oleh Pg Indra Pg.Tinggal (dua dari kiri)
dan Razak Wali (empat dari kiri).
KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Haji Yamani Hafez Musa (dua dari kiri) telah merasmikan Kejohanan Golf Pemuda UMNO Sabah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket di Kinabalu Golf  Club (KGC) Kota Kinabalu, semalam.

Menurut Hafez, kejohanan selama tiga hari itu bermula 11-13 November 2016 disertai oleh kira-kira 300 peserta terdiri daripada anggota Pemuda UMNO, jemputan khas dan juga ahli-ahli KGC.

Katanya, ini merupakan kali pertama Pemuda UMNO Sabah menganjurkan kejohanan golf kerana selama ini hanya menganjurkan pertandingan sukan seperti bolasepak, sepak takraw, futsal dan lain-lain.

“Sebenarnya ramai golongan muda bermain golf sama untuk rekreasi, kerja dan lain, justeru penganjurkan kejohanan ini dapat melibatkan golongan muda termasuk ahli-ahli KGC yang terdiri daripada orang muda dan lama”, katanya.

Beliau yang berpuashati dengan sambutan pertandingan itu berkata, Pemuda UMNO Sabah akan mengadakan kejohanan yang sama pada tahun hadapan.

“KGC dipilih kerana setiap minggu ada pertandingan diadakan dan kelab ini juga lebih berorientasikan suasana kekeluargaan”, jelasnya.

Mengenai isul Pemuda UMNO Sabah ke Perhimpunan Agung UMNO 2016, Hafez berkata, pergerakan itu akan mengetengahkan usul yang praktikal.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden KGC, Datuk  Haji Abd.Razak Datuk Wali, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim, Bendahari Pemuda Negeri, Encik Faez Ainstein Datuk Haji Nordin, Pengerusi Pelaksana Kejohanan Golf Pemuda UMNO Sabah, Pg Indra Pg.Tinggal yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Penampang.-AG

Gambar sekita konvension 2016

PERDANA Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak (duduk, tengah) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (duduk, dua dari kiri), Tan Sri Bernard Dompok (duduk, kiri) dan Datuk Seri Panglima Madius Tangan (duduk, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO.


DATUK Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak (duduk, tengah) bergambar bersama pemimpin Pergerakan Wanita UPKO dan Pergerakan Wanita UMNO di majlis itu.
DATUK Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak (dua dari kanan) bersama dengan Ahli Majlis Tertinggi UPKO, Encik Limus Jury yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu sambil diperhatikan oleh Naib Presiden UPKO, Datuk Dr. Ewon Ebin (kanan) dan Senator Datuk Dr.Lucas Umbul (tengah) setibanya di majlis itu.
ANTARA pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang hadir

Yahya bersama rakyat

Yahya menyampaikan sumbangan kepada
Surau Al Jannah Kampung Kasuapan, Pulau Gaya.  


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah me Yahya yang rasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya di sini.

Program itu dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Putatan. juga Ketua UMNO Bahagian Putatan turut menyerahkan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah berupa wang tunai dan bahan makanan kepada asnaf yang layak.

Yahya dalam ucapannya mengingatkan rakyat di Pulau Gaya agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis parti pembangkang, sebaliknya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas juga mahu rakyat terus bersatu padu demi keharmonian dan kesejahteraan.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Dato’ Ruji Ubi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Setiausaha UMNO Bahagian, Encik Ishar Ramli, Bendahari UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Puan Juriah Palasin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Daliah Haji Mohd.Zain.-AG

Thursday, November 10, 2016

Wakil SAMORA mengangkat nama Rungus diperingkat antarabangsa



SEJARAH…Wakil-wakil Persatuan Momogun Rungus sabah ( SAMORA ) yang menyertai program World Travel Market (WTM) London 2016 bukan sahaja berjaya menjalankan misi memperkenalkan budaya negeri Sabah & negara di mata dunia, malah dalam masa yang sama mengangkat nama Rungus di peringkat antarabangsa.

Mereka bukan sahaja secara langsung memperkenalkan produk-produk kraftangan Rungus tetapi juga pakaian-pakaian tradisi Rungus iaitu pakaian utama Rungus (wanita & lelaki) dan terbaru pakaian kedua Rungus iaitu “Sukolob”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong yang juga Presiden SAMORA berkata, mereka sesengguhnya telah mencipta sejarah kerana menjadi pasukan pertama Rungus yang menjejakkan kaki di London dengan berpakaian lengkap tradisi Rungus.

“Tahniah sekali kepada team SAMORA yang diketuai oleh Sherone Fung - Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR), Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahu 2016. Turut serta ialah Cik Prisca Junai - Naib Johan GMR, Cik Lusilah Retni - Top 7 MGM / Mantan Ratu Fesyen Festival Gong 2015 , Puan Nailiga Parasin (Pakar Tenunan) dan En Edwin Majius (wakil khas Presiden SAMORA)”, katanya.

Kelihatan, Sherone Fung (dua dari kiri) bersama Prisca (kanan sekali), Lusilah (kiri sekali), Nailiga (dua dari kanan) dan Edwin berpakaian tradisi Rungus mengabadikan kenangan berdekatan Jambatan Menara (Tower Bridge/London Bridge) London, England.-AG

Produk Rungus mendapat sambutan diLondon

Masidi (empat dari kiri) dan deligasi pelancongan Sabah
bergambar bersama wakil SAMORA di WTM London 2016

LONDON: Produk kraftangan Rungus yang turut dipamerkan di Pavilion Malaysia di World Travel Market (WTM) London 2016 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Pengunjung dari seluruh dunia yang menghadiri WTM London begitu tertarik dengan keunikan kraftangan Rungus terutama Rinago,manik-manik, gong dan lain-lain yang dibawa khas dari Kudat, Sabah.


Tahun ini, Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) yang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan sekali lagi diberi penghargaan oleh Kerajaan untuk bersama-sama menyertai delegasi Malaysia ke WTM London 2016 dengan mengetengahkan produk kraftangan etnik Rungus, Kudat.


WTM London 2016  merupakan pameran pelancongan kedua terbesar dunia (second bigger travel fair in the world) selepas ITB Berlin dengan disertai oleh hampir kesemua negara di dunia yang mempromosikan pelancongan negara masing-masing.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah merasmikan Pavilion Malaysia sempena WTM London 2016 di Excel Docklands, London. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.


SAMORA telah diwakili oleh 5 orang peserta terdiri daripada Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR)  dan Top 7 Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau 2016.


Mereka ialah Johan Gimpuhut Momogun Rungus dan juga Duta Pelancongan Matunggong, Sherone Wong Wan Fung, Prisca Junai (Naib Johan Gimpuhut Momogun Rungus), Lusilah Retni Lim (Mantan Ratu Pesta Gong 2015), Nailiga Binti Parasin (pakar tenunan) dan Edwined Majius.


Walaupun SAMORA fokus kepada pameran kraftangan, Mohamed Nazri telah meminta wakil SAMORA membuat persembahan khas tarian tradisi Rungus “Mongiggol Sumundai”


Sementara itu, lagu Tanak Kampung dan Sayang Kinabalu juga dipilih oleh Nazri sebagai lagu yang dimainkan di booth Malaysia Pavillion WTM London 2016.-AG

Saturday, November 5, 2016

Yahya tinjau latih amal ex-tsunami

Yahya (tiga dari kiri) diberi penerangan tentang
Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia.
TINJAU LATIHAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas telah meninjau Latih Amal “Ex-Tsunami”-Putatan di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Beliau diiringi oleh Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusof dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam latihan amal itu.

Latih amal sistem amaran awal Tsunami itu dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteologi Malaysia (Met Malaysia).

Latihan amal ini diadakan bersempena dengan India Ocean Tsunami Wave Exercise 2016 yang dianjurkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di semua negara-negara di kawasan perairan Lautan Hindi.


Yahya berkata, latih amal itu diadakan bagi menguji tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan tindak balas agensi terlibat dalam mengendalikan bencana Tsunami.-AG

Kraftangan Rungus akan dipamerkan diLondon

WAKIL NEGARA….Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Dato’ Jelani Hamdan (empat dari kiri) yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) bersama Sherone Wong Wan Fung (tiga dari kiri), Prisca Junai (dua dari kiri), Lusilah Retni Lim (kiri), Nailiga Binti Parasin (dua dari kanan) dan Edwined Majius (kanan) menunjukkan isyarat bagus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas ke London bagi mewakili Malaysia ke World Travel Market (WTM) London 2016 yang akan diadakan di ExCel London Contemporary Events & Convention Centre pada 7 hingga 9 November 2016.

Sherone merupakan Johan Gimpuhut Momogun Rungus dan juga Duta Pelancongan Matunggong selaku Ketua Rombongan. Prisca merupakan Naib Johan Gimpuhut Momogun Rungus, Lusilah (Mangan Ratu Pesta Gong 2015) manakala Nailiga merupakan pakar tenunan.

Menurut Jelani, SAMORA telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bersama-sama menjayakan pameran sempena WTM London 2016.

“Antara hasil kraftangan Rungus yang akan diketengah dan dipamerkan ialah Ringo, Gong, manik-manik dan lain-lain. Ini merupakan peluang keemasan bagi produk kraftangan Rungus menembusi pasaran antarabangsa”, katanya.

Menurutnya, SAMORA akan diwakili oleh 8 orang peserta terdiri daripada Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR)  dan Top 7 Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau 2016.

“MGM akan mempamerkan kemahiran dan skill mereka dalam membuat bakul / Rinago tradisi, menenun pakaian tradisi Rungus dan lain-lain secara 'LIVE' di WTM London”, tambahnya.

Jelani berharap menerusi WTM London, kraftangan Rungus dapat menembusi pasaran Eropah (Europe) menerusi jalinan kerjasama (joint venture) dengan pihak yang berminat.-AG




Bina balai Bomba dan Penyelamat di Putatan-Yahya

Yahya menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan makanan kepada mangsa kebakaran
 Kampung Tebongon, Putatan sambil diperhatikan oleh Ag.Abd.Ghani (dua dari kanan)
dan Juliah (empat dari kiri).


PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mengulangi gesaan agar Balai Bomba dan Penyelamat segera dibina di daerah Putatan.

Katanya, Putatan yang amat pesat membangun dengan jumlah penduduk kira-kira 100 ribu orang amat memerlukan sebuah balai bomba.

Beliau berkata, seringkali apabila berlaku kebakaran rumah di kampung, pasukan bomba dari balai berdekatan seperti Penampang dan Sembulan tidak sempat menyelamatkan rumah yang hangus.

“Justeru, kita mahu kementerian berkaitan di peringkat Kerajaan Pusat segera membina balai bomba dan penyelamat di Pekan Putatan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 3 keluarga di Kampung Tebongon yang tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada petang 1 November 2016 yang lalu.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusoff, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juliah Palasin dan pemimpin masyarakat setempat.

Yahya telah menyerahkan bantuan daripada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah kepada mangsa-mangsa kebakaran terdiri daripada Jamali Yusuf,  Mohd.Zainie Saiman dan Mohd Zareen Saiman.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, tanah seluas 2 ekar di kawasan pekan telah tersedia sebagai tapak untuk membina balai bomba dan penyelamat.

“Sekarang kita menunggu tindakan lanjut kementerian berkaitan untuk membina balai bomba tersebut. Kita berharap ianya dapat dimulakan  secepat mungkin, selewat-lewatnya tahun hadapan”, tegasnya.

Beliau juga mengingatkan penduduk Kampung Tebongon agar tidak membina rumah terlalu dekat dengan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan berlalu lalang.

Katanya, penduduk kampung perlu mengelak membina rumah terlalu dekat diantara satu sama lain dan juga di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Yahya mengingatkan penduduk kampung agar tidak melakukan pendawaian haram yang tidak dibenarkan oleh pihak berwajib.

Yahya juga mahu penduduk kampung bersatu-padu dan bekerjasama demi keharmonian dan pembangunan kampung mereka.

Sementara Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putatan yang diketuai oleh Juliah dan Program Membara Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan turut menyampaikan bantuan berupa wang tunai dan bahan makanan kepada mangsa kebakaran.-AG


Ratu Cantik di lantik Duta Pelancungan Matunggong

Sherone Fung (kiri) dan Vinny Alvionitta Sasising-
Duta Pelancongan Matunggong.
KUDAT: Sherone Fung - Johan Mitarab Gimpuhut  Magahau ( MGM)  Pesta Magahau2016 dan Vinny Alvionitta Sasising Unduk Ngadau Kaamatan Matunggong 2016 telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Matunggong oleh Pejabat Daerah Kecil Matunggong & Sabah Tourism Board.

Kedua-dua ikon tersebut menerima surat perlantikan dan selendang mereka daripada  Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong,  Bianus Kontong sempena Festival Gong Matunggong 2016 yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Matunggong, kelmarin.

Perlantikan dua ikon Rungus dalam bidang fesyen dan pelancongan itu merupakan antara acara menarik dalam Festival Gong Matunggong 2016.

Tugasan pertama Sherone yang juga Duta Persatuan Momogun Rungus Sabah (SABAH MOMOGUN RUNGUS ASSOCIATION) (SAMORA) / Pesta Magahau 2016 ialah penampilan khas di Program World Travel Market (WTM) London 2016.

Beliau akan menampilkan kepakaran beliau dalam bidang pembikinan Rinago Rungus. Sherone dijangka akan berlepas ke London pada 6 November 2016 ini.

Selain Sherone,  Prisca Junai, pemenang Naib Johan Mitarab Gimpuhut Magahau  dan Lusilah Retni, Ratu Fesyen Kumanis 2015 yang juga dikalangan “TOP 7” MGM 2016 juga akan turut ke London bersama Sherone.

Festival Gong Matunggong 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan.

Jelani dalam ucapannya di majlis itu meminta Kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan balai bomba di Matunggong memandangkan ia merupakan satu keperluan yang mendesak.

Beliau juga meminta pihak berwajib membina kedai baru Pekan Matunggong selain pembaikan prasarana Tamu Pekan Lama Matunggong yang amat memerlukan tindakan segera Kerajaan.

Sementara itu, Hajiji bersetuju mempertimbangkan cadangan Jelani untuk penambahan kedai dan juga balai bomba untuk kawasan Matunggong.-AG

100 sertai kursus pemantapan kepimpinan

Yahya menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta,
 Salmah Said di majlis itu.
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan penutupan Kursus Pemantapan Kepimpinan Dalam Konteks Pembangunan Masyarakat di Hotel Platinum.

Kursus sehari itu yang disertai oleh 100 peserta terdiri daripada pemimpin akar umbi adalah anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.18 Petagas dan Yayasan Sabah.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri dalam ucapannya mengingatkan pemimpin akar umbi khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamat Kampung (JKKK), Ketua Kampung, pemaju mukim, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) agar sentiasa mendampingi rakyat di kawasan masing-masing.

“Pemimpin akar umbi yang dilantik oleh Kerajaan harus tahu masalah yang berlaku di kampung masing-masing dan berusaha menyelesaikannya dan bukan membiarkan sesuatu masalah itu bertambah serius dan besar.

“Sebagai contoh, masalah sampah di kampung-kampung, jika pemimpin akar umbi terus membiarkan tanpa mengambil tindakan sewajarnya, maka masalah sambah akan bertambah serius sehingga sukar ditangani”, katanya.

Menurutnya, pemimpin akar umbi juga memainkan peranan penting dalam menyatu masyarakat berbilang kaum di kampung masing-masing.

Katanya, perpaduan, kerjasama dan keharmonian masyarakat haruslah menjadi agenda utama pemimpin akar umbi selain menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, pemimpin akar umbi juga perlu memastikan rakyat memberikan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pemimpin akar umbi tahu dasar dan polisi kerajaan dan mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin kerajaan. Justeru mereka perlu memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat agar rakyat terus berdiri teguh dibelakang kerajaan BN”. Tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juliah Palasin, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Encik Hanafiah Diman, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Haji Ali Hussin Sharin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putatan, Cik Daliah Haji Mohd.Zain dan pemimpin masyarakat setempat.-AG

15km-Magahauthon 2016-Eco Run disambut meriah

Vincenbert Latius menerima hadiah daripada Jelani (tiga dari kiri) di majlis itu.

MATUNGGUNG: Vincenbert Latius muncul sebagai johan kategori lelaki terbuka Larian 15km-Magahauthon 2016-Eco Run anjuran Persatuan Olahraga Matunggong (POM) dengan kerjasama Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Naib johan dimenangi oleh pelari dari Kenya, John N Jihia. Tempat ketiga dimenangi oleh Ruston Masri.

Kategori wanita terbuka dimenangi oleh Hyenie Roslin Danius. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Mailin Salungin Ripau dan Malissah Kusai

Yusof Bin Tungkob muncul sebagai johan kategori lelaki veteran. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Guianus Salagan dan Sukoel Monginkap.

Johan kategori pelajar lelaki dimenangi oleh Raphael Mark Marcus. Clariferon Janius dan Clariond Janius masing-masing memenangi naib johan dan tempat ketiga.

Sementara bagi kategori wanita veteran pula johan disandang oleh  Kona Liau. Inompita Umau naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Dinah Gindai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden SAMORA telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang larian itu yang bermula dari Puruvan Square menuju ke Kampung Sumangkap-Gumantong dan kembali semula ke Puruvan Square sejauh 15 km.

Para pemenang larian itu masing-masing menerima hadiah berupa wang, sijil, gong dan medal gong.

Turut hadir ialah Pengerusi Pelaksana Magahauthon 2016- Eco Run, Stanley Donal.-AG

Ubah persepsi dan stigma Hospital Mesra-Bahrin

 
 Mohd.Bahrin melepaskan peserta Mesra Charity Hunt di HMBP

KOTA KINABALU: Masyarakat negeri ini perlu mengubah persepsi dan stigma bahawa  Hospital Mesra hanya untuk pesakit kurang siuman  dan sakit mental semata-mata, kata Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri,Mohd.Bahrin Abd.Karim.

Katanya, secara umum masyarakat masih memandang negatif terhadap Hospital Mesra disebabkan kurangnya kunjungan mesra dan pendedahan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Menurutnya, persepsi negatif masyarakat terhadap Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) itu adalah tidak tepat kerana hospital ini turut memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja termasuk golongan kanak-kanak autism.

“Mereka (pesakit) yang berkunjung ke HMBP bukan semuanya pesakit mental yang serius seperti yang digambarkan oleh masyarakat sebelum ini.

“Hanya 20% pesakit sahaja yang terlibatkan dengan perkara-perkara yang agresif atau keganasan. Selebihnya merupakan masyarakat biasa yang memerlukan bimbingan, sokongan moral, emosi, kaunseling bagi mengurangkan tekanan, panik dan lain-lain”, katanya.

Mohd.Bahrin berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta “Mesra Charity Hunt” anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kota Kinabalu (SRCC) dengan kerjasama Lembaga Pelawat Hospital Mesra Bukit Padang di perkarangan hospital itu, hari ini.

Turut hadir ialah menanggung kerja Pengarah HMBP, Dr.Raziffah Abd.Rahman dan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMMO Bahagian Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, penghuni HMBK amat memerlukan sokongan dan perhatian khususnya daripada keluarga pesakit itu sendiri dan juga masyarakat bagi membantu pemulihan dan rawatan mereka.

“Masyarakat boleh membantu dari segi kebajikan pesakit termasuklah sumbangan dalam bentuk “kasih sayang” dan perhatian bagi membantu pemulihan dan penyembuhan pesakit”, tegasnya.

Katanya, HMBK merupakan satu-satunya hospital sakit jiwa di Sabah dan dikategorikan sebagai hospital pakar yang khusus menjalankan perawatan psikiatri.

“HMBK merupakan hospital rujukan bagi semua kes-kes psikiatri seluruh Sabah bagi hospital-hospital dan semua klinik kesihatan di negeri ini”, katanya.

Menurutnya, perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Mesra begitu menyeluruh seperti Klinik Psikiatri (Pesakit Luar) dan Pesakit Dalam, Pemulihan Carakerja, Fisioterapi, Community Mental Health Team (CMHT), Job Placement, Pusat Intervensi dan Pengayaan Kanak-kanak, Hortikultur, Dietetik & Sajian, Kerja Sosial Perubatan, Psikologi Kaunseling, Promosi Kesihatan dan lain-lain.-AG

Mengenai Mesra Charity Hunt, Mohd.Bahrin yang juga Presiden SRCC berkata, ia diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu membeli peralatan-peralatan rekreasi  dan rehabilitasi untuk kegunaan pesakit-pesakit.


Katanya, ini merupakan program sulung kelab itu bersama Ahli Lembaga Pelawat HMBP dan berharap akan mengadakan program seumpama itu dalam skala yang lebih besar dalam tempoh terdekat.

Embrace changes in tourism and travel pattern


Masidi (3rd left) beating the gong to launch the three-day travel fair whilst Winston (2nd left),looks on

KOTA KINABALU: Sabah’s tourism players has been asked to embrace the use of technology to stay in the business as now the travel pattern has changed.

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun in making the call said nowadays most of the tourists book their own travel and accommodation via online services.

“The bad news is that the tour agents are getting less commissions from the hotels and airlines. So they must re-evaluate their services and adapt to the changes,” he stressed. 

“Therefore, we must change according to time as the travel pattern has shifted to the use of technology and no longer use the conventional way of making bookings through the tour agents” said Masidi during the launch of the three-day Sabah International Travel Fair 2016 at Oceanus Waterfront Mall.

The change is inevitable because according to statistic some 59 per cent of the visitors to Sabah are FIT (foreign individual traveller) who made their own bookings via online, he pointed out.

He disclosed that he had directed the Sabah Tourism Board to embrace the use of technology via the social media network such as Facebook, Twitter and Instagram to engage directly with the customers.

“The travel pattern has also changed its focus from Europe and United States to Asia now,” said Masidi, adding that the new development has given Sabah the advantage because it is located just five hours flight to all the Asia regions.

And even air travelling are cheaper nowadays as many major airlines has shifted their status to low budget airlines now, he stated.

He said all the changes has made the tourism industry getting competitive as Indonesia, Thailand, Philippines and others region also have their natural beautiful sceneries and friendly smiles.

“Although Sabahans are very shy to smile but we should leverage on our diverse multiracial who are living in peace and harmony. The most tolerance Malaysians are living in Sabah and this is our biggest asset and selling point which are a paradise to the Europeans” said Masidi.

He also urged the local tour agents to come up with more adventure packages because according to statistic some 80 per cent of the visitors to Sabah are those who are under-15.

“Meaning that they like outdoor activities such as white water rafting, climbing Mount Kinabalu, islands hopping and hiking,” he said.

Meanwhile, he also disclosed that the State’s tourism industry has experienced a positive growth as the tourists arrival for June and July this year has gone up by 4.2 per cent compared to the same period of last year.

“The biggest contribution comes from China as their arrivals has increased by 48.2 per cent in the first seven months of this year compared to the same period of last year,” Masidi disclosed.

Similarly, he said the arrivals from South Korea and Taiwan has also went up by 40 per cent and 20 per cent respectively in the first seven months of this year compared to the same period of last year.

And by end of this October, he said Kota Kinabalu International Airport will be welcoming 153 flights per week from China. As such, travel agents should improve tour packages and the level of services in the hotels should also be upgraded.

Also present were Sabah Association of Tour and Travel Agents chairman Dato Seri Winston Liaw, Malaysia China Tourism Association Sabah chapter president Lawrence Wong and organizing chairwoman Dolly Jimayol.-AG